Hadiah putih beri musibah selepas nikah pemuda iras Shukri Yahaya - Mistik | mStar

Hadiah putih beri musibah selepas nikah pemuda iras Shukri Yahaya

Inilah pelamin dan hadiah sebenar majlis perkahwinan Maksu dan bungkusan putih disangka hadiah itulah menjadi punca pengantin perempuan mendapat musibah.

CUTI persekolahan pertengahan tahun lalu merupakan detik paling indah dalam hidup Nur kerana ibu suadaranya yang dipanggil Maksu akan menjadi isteri orang.

Dalam keluarga Nur, sudah lama tiada majlis kenduri kahwin yang dapat mengumpulkan sanak saudara. Jadi, sebab itulah Nur betul-betul teruja.

Kali terakhir majlis kenduri kahwin dalam keluarga ini diadakan hampir tujuh tahun lalu iaitu majlis perkahiwnan abang Nur yang sulung iaitu Abang Aziz. Anak Abang Aziz pun dah masuk pra sekolah.

Jadi, Nur yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke kampungnya di Bera, Pahang bersama keluarga lebih awal dengan hasrat untuk membantu apa-apa yang patut agar majis raja sehari itu berjalan dengan baik.

Nur sekeluarga pulang ke Bera, Pahang untuk majlis perkahwinan Maksu.

Ketika majlis perkahwinan berlangsung, Nur dapat melihat berseri-seri wajah Maksunya. Maklumlah... dapat pula encik abang 'handsome' iras-iras Shukri Yahaya, mestilah ia jadi buah mulut orang. Maksu Nur pun jelita juga orangnya... berkulit cerah dan kelihatan berlesung pipit ketika senyum.

Tetamu majlis kahwin pada petang itu lebih kurang 1,000 orang terdiri daripada penduduk kampung dan juga kenalan pasangan pengantin.

Selain wang 'salam keruk' keluarga pengantin juga menerima banyak hadiah daripada tetamu bagi menghargai mempelai yang sudah menjadi suami-isteri.

Buka Hadiah

Pada sebelah malamnya selepas majlis kenduri berakhir, berlaku perkara yang tidak diingini ketika sesi membuka hadiah. Keceriaan ahli keluarga pengantin bertukar cemas apabila Maksu tiba-tiba menjerit tapi ia bukan jeritan manja malam pertama.

Setiap kali nak tidur je, Maksu kamu akan menghidu bau busuk seperti bangkai.

OPAH

Maksu yang ayu wajahnya bertukar menjadi garang, mata terbeliak dan lidahnya terjelir-jelir dalam keadaan menggerikan.

Pada mulanya, Nur juga bingung dan tidak mengerti apa yang berlaku tapi dia tahu, Maksunya bukan biasa-biasa. Dia sudah kena rasuk.

Dalam keadaan panik dan kecoh itu, mujurlah ada Opah yang segera membelek timbunan hadiah dan menyedari ada satu bungkusan hadiah dengan kain putih iaitu selendang lama.

Dibukanya bungkusan itu, terdapat gambar Maksu, segumpal rambut dan beberapa ketulan tanah.

Benar firasat Opah, ada yang cuba membuat onar terhadap cucunya itu melalui hadiah yang diberi.

Nur menjadi saksi akan segalanya kerana dia juga menetap di rumah itu sewaktu hari kejadian. Keadaan Maksu yang berterusan meracau memaksa Opah untuk mengarahkan ayah Nur pergi memanggil Awang Rahim, ustaz di kampung itu.

Pelakon Shukri Yahaya.

Setelah hampir tiga jam membuat rawatan, Awang Rahim segera menyuruh pembantunya pergi membuang bungkusan itu ke sungai.

Mengikut cerita, rakan sepejabat suami Maksu yang cemburu dikatakan menghantar bungkusan itu mengandungi sihir dengan tujuan memisahkan pengantin.

Setelah berakhirnya majlis, Nur berbual-bual dengan Opah sambil mengurut betis orang tua itu.

“Tak sangkakan Opah, Maksu jadi macam ni di hari bahagia dia. Kenapa ya?” soal Nur hairan.

“Biasalah orang dengki. Macam-macam orang sanggup buat,” jawab Opah pula.

etelah berakhirnya majlis, Nur berbual-bual dengan Opah sambil mengurut betis orang tua itu.

“Tak sangkakan Opah, Maksu jadi macam ni di hari bahagia dia. Kenapa ya?” soal Nur hairan.

“Biasalah orang dengki. Macam-macam orang sanggup buat,” jawab Opah pula.

Beberapa bulan selepas perkahwinan itu Nur mendengar cerita sepenuhnya daripada Opah. Menurut Opah, Maksu mengalami sakit misteri hampir tiga bulan.

Dalam timbunan hadiah yang diberi tetamu, ada juga yang cuba menghantar sihir menerusi bungkusan misteri pada majlis itu.

Jelas Opah, akibat sihir yang dihantar menerusi bungkusan kain putih itu, Maksu seolah-olah dikunci nafsunya. Sepanjang tempoh enam bulan, mujurlah suami Maksu bersabar dan sering memohon bantuan Allah.

“Cuba Nur bayangkan, setiap kali nak tidur je, Maksu kamu akan menghidu bau busuk seperti bangkai. Tak boleh dekat dengan suami dia, jadi nak marah sampai tahap dimakinya budak itu.

“Langsung tak ada rasa belas dan kasih, tapi siang hari elok sahaja,” kata Opah.

Jelasnya lagi, Maksu juga sering menjadi kepanasan, setiap kali diajak bersama oleh suaminya. Namun, usaha untuk berubat dengan Awang Rahim dan beberapa pengamal perubatan Islam yang lain akhirnya membuahkan hasil.

Selepas kejadian itu,  Maksu dan suaminya hidup bahagia tanpa gangguan lagi.

Khabarnya, wanita yang bertepuk sebelah tangan itu pun sudah bertukar kerja dan menemui pengganti baharu... Mungkin lebih kacak daripada Shukri Yahaya gamaknya.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Kahwin , Hadiah , Pengantin , Sihir

Artikel Lain