suria

Jarang masak, takut tak boleh simpan lama... Penternak ajar cara nak kekalkan kesegaran ayam, macam baru beli di pasar

Terdapat cara mudah untuk mengekalkan kesegaran ayam yang disimpan.

BAHAN mentah seperti ikan, daging dan ayam merupakan antara protein wajib ada dalam peti sejuk di rumah.

Bagaimanapun, satu masalah yang biasa dihadapi oleh golongan suri rumah adalah kesegaran bahan yang disimpan tidak kekal lama.

Sudah tentu perkara itu membuatkan para ibu berasa susah hati apabila terpaksa menyediakan makanan tidak segar hingga menjejaskan rasa kepada keluarga.

Namun usah risau, kerana ada petua mudah boleh diamalkan bagi memastikan kesegaran ayam itu kekal seolah-olah baru dibeli di pasar.

Bahagian organ perlu disimpan secara berasingan. -Foto Facebook (G-Mart)

Menurut pemilik ladang dan penternak ayam, Yani Hardinata Hairuddin dalam perkongsiannya di Facebook, langkah dipraktikkan ini dapat mengekalkan kesegaran ayam selama dua hingga tiga hari.

1. Asingkan kaki, hati, pedal daripada daging ayam.

2. Potong ayam mengikut kesesuaian lauk yang bakal digunakan.

3. Lumur daging dengan campuran air garam.

4. Bilas ayam menggunakan air bersih.

5. Toskan ayam daripada lebihan air.

6. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.

7. Letak di tempat sejuk beku.

8. Alihkan ayam pada chiller dalam tempoh 24 jam sebelum digunakan.

Dengan kaedah diajarkan ini boleh mengekalkan kesegaran ayam seperti baru dibeli pada hari tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain