suria

Rupanya beras pun ada tarikh luput... Jangan buang atau bakar jika rosak, boleh jamu ayam atau buat baja!

Beras yang sudah tamat tempoh boleh dikitar semula.

SEPERTI bahan mentah lain, beras juga mempunyai tarikh luput atau tempoh boleh digunakan.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), beras putih kering boleh bertahan sehingga dua tahun jika disimpan pada suhu bilik.

Berbeza pula dengan berang perang yang hanya boleh bertahan kira-kira enam bulan sahaja.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti beras yang rosak adalah dengan memerhati perubahan bau, rasa dan tekstur beras tersebut.

Selain itu, elakkan memasak dan makan beras yang sudah mempunyai pertumbuhan kulat atau pepijat.

Beras putih mempunyai jangka hayat dua tahun.

Jika beras yang disimpan itu rosak, lakukan ini bagi mengelakkan daripada ia terus membazir:

1. Bahan kompos untuk baja tumbuhan ditanam.

2. Makanan kepada haiwan ternakan.

3. Kegunaan kebun dan pertanian.

4. Bahan kraf dan hasilkan bahan seni.

Oleh itu, terdapat banyak kegunaan beras yang boleh kita lakukan daripada dibuang begitu sahaja.

Memandangkan harga beras semakin tinggi, elakkan daripada melakukan sebarang pembaziran dengan membuang atau membakar beras.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain