suria

Pencinta haiwan... jika anda dijangkiti Covid-19, kurung pets di rumah bukan bawa ke klinik veterinar!

Kucing peliharaan perlu dimandikan sekurang-kurang dua minggu sekali.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, pelbagai kebimbangan timbul bagi pencinta haiwan peliharaan.

Pakar veterinar, Dr Ahmad Razeen Zulkifti berkongsi tip kepada golongan itu terutama yang memelihara kucing dan anjing.

Beliau yang menguruskan sebuah klinik veterinary di Jalan Gombak, Setapak ini, ramai yang tidak mengambil perhatian terhadap penjagaan kebersihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus pada binatang 99.98 peratus bukan Covid-19 - Veterinar

“Kebersihan bukan sahaja kepada diri pemilik, sebaliknya perlu mengambil peduli mengenai haiwan peliharaan sendiri.

Elakkan menjemur kucing di bawah matahari selepas mandi kerana boleh merosakkan bulu.

“Musim wabak Covid-19 mungkin menambahkan lagi kebimbangan ramai orang dan sebab itu anda perlu sentiasa memberi perhatian terhadap aspek kebersihan,” kongsinya kepada mStar.

Tambah Razeen, kucing tidak dijangkiti Covid-19 kecuali berjangkit daripada pemiliknya.

“Ada kucing yang mempunyai penyakit koronavirus yang dikenali Alpha Coronavirus dan ia tidak berjangkit kepada manusia. Jadi Covid-19 dan Alpha Coronavirus adalah penyakit berbeza.

“Dalam situasi ini, jika anda dijangkiti Covid-19, jangan panik. Paling penting jangan hantar kucing itu ke veterinar kerana ia boleh menyebarkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Dr Razeen berkongsi pengalaman menjaga kucing positif corona virus enam tahun lalu.

Apa yang penting pakar veterinar ini berkongsi tip penting untuk pencinta haiwan mengelak daripada sebarang penyakit.

1. Kebersihan

Diri Pemilik – Pemilik kucing sendiri perlu menjaga kebersihan diri, sentiasa membasuh tangan setiap kali bermain dengan haiwan peliharaan.

Haiwan peliharaan - Sentiasa menjaga kebersihan haiwan peliharaan seperti mandi, bersihkan kaki/tangan kucing, bersihkan tandas, tempat tidur, bersihkan hidung, mulut dan sebagainya.

2. Alpha Coronavirus

Penyakit ini tidak berjangkit kepada manusia.

Jika anda disahkan positif Covid-19, kurung kucing-kucing anda berasingan dan dapatkan nasihat veterinar.

3. Jangan serbu klinik veterinar

Jangan ke klinik veterinar sekiranya pemilik kucing dijangkiti Covid-19 kerana pihak veterinar sendiri tidak ada test-kit yang boleh mengesan virus Covid-19 terhadap haiwan peliharaan.

4. Kurung haiwan

Jika pemilik dijangkiti Covid-19, kurung haiwan peliharaan, monitor di rumah. Jangan sebarkan virus (Covid-19) dengan membawa kucing atau anjing ke klinik veterinar.

5. Sentiasa berhubung dengan veterinar

Pastikan anda berhubung dengan doktor veterinar masing-masing jika kucing anda tidak sihat.

Artikel Lain