suria

Jangan 'over'! Bahaya cuci barang dapur guna sabun

Keterlaluan... Merendam barang makanan dalam air sabun boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

PENULARAN wabak Covid-19 yang belum menampakkan tanda ia berakhir membuatkan ramai berasa fobia terutamanya apabila membeli barang dapur di pasar.

Bimbang virus itu melekat pada buah-buahan, sayur-sayuran, ada yang merendamnya dalam air sabun bagi membunuh virus tersebut.

Tapi tak semua benda boleh dicuci dengan air sabun terutamanya makanan kerana ia mengandungi bahan yang bersifat racun dan boleh menyebabkan masalah lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamatkah kita dari virus Covid-19 jika pakai sarung tangan? Ini penjelasan Dr Say Shazril

Menurut pakar pemakanan dari Universiti North Carolina State, Benjamin Chapman, minum atau makan sabun akan menyebabkan seseorang berasa mual serta sakit perut.

Ini termasuklah membasuh buah-buahan, sayuran serta ikan dengan sabun. Bahan kimia yang terdapat pada sabun akan menyerap ke dalam bahan-bahan itu meskipun sudah dibilas dengan air sehingga bersih.

Mencuci buah dan sayuran menggunakan air sejuk yang mengalir sudah memadai. 

Bukan sahaja sakit perut dan mual, sabun dapat merosakkan saluran pencernaan menerusi gejala seperti muntah, cirit birit dan sakit perut.

Selain sabun, mencui buah dan sayuran menggunakan jus lemon atau cuka juga tidak disarankan kerana tiada bukti sahih mengatakan ia mampu membunuh virus.

Sebaik-baiknya, cuci makanan anda menggunakan air sejuk yang mengalir ini kerana ia mampu menghilangkan kotoran sehingga 99 peratus.

Membasuh makanan anda bukan satu-satunya cara mengelak bakteria serta virus, anda juga perlu mengambil kira tempat dan cara menyimpan bahan tersebut.

"Simpan buah dan sayuran mengikut kategori selain mencucinya sebelum digunakan," kata Benjamin.

Artikel Lain