suria

Sejuta senyuman bakal diukir, 'Kids Fun Book' percuma buat kanak-kanak terperap di rumah sepanjang PKP

Kids Fun Book membolehkan kanak-kanak menyelami dunia Disney.

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan kerajaan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak Covid-19, kanak-kanak antara paling terkesan.

Mana tidaknya, terperap di dalam rumah membuatkan ramai di antara mereka berasa bosan tidak dapat bermain di padang bersama rakan-rakan sebaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perintah Kawalan Pergerakan boleh erat hubungan keluarga... Buat 5 aktiviti ‘fun’ ini di rumah

Tetapi ada berita baik untuk mereka semua terutamanya yang meminati kartun terbitan Walt Disney apabila Photobook berbesar hati memberikan sejuta unit 'Kids Fun Books' kepada rakyat Malaysia dan Singapura.

Tumbler Frozen antara koleksi Walt Disney.

Paling seronok, buku tersebut menampilkan pelbagai karakter popular Walt Disney serta Marvel secara percuma!

Kolaborasi Photobook dan Walt Disney itu adalah usaha bagi memberi senyuman kepada kanak-kanak pada waktu sukar ini selain merancakkan lagi aktiviti mereka ketika di rumah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Photobook Malaysia, Leow Wee Jonn, mereka yang mendapatkan buku foto ini boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam mencipta sendiri buku mereka mengikut kesukaan masing-masing.

Dengan cara itu kata Leow, mereka boleh menyelami 'dunia' Disney dengan meletakkan nama, gambar dan kata-kata kegemaran mereka mengikut citarasa masing-masing.

Pelekat antara item kegemaran kanak-kanak. 

"Aktiviti itu sangat menyeronokkan terutamanya pada waktu sekarang memandangkan mereka perlu duduk di rumah," katanya.

Kids Fun Books ini turut menampilkan pelbagai karakter kegemaran kanak-kanak seperti Mickey and Friends, Tsum Tsum, Frozen dan karakter Marvel.

Selain buku bergambar, ia turut didatangkan dalam pelekat, buku nota, tag bagasi, baju-T, beg, magnet, tumblers, sarung komputer riba dan sebagainya.

Pemberian Kids Fun Book telah pun dibuka kepada orang ramai dan ia boleh ditebus secara ekskelusif di aplikasi Photobook di www.photobook.com.my.

Artikel Lain