Perintah Kawalan Pergerakan boleh erat hubungan keluarga... Buat 5 aktiviti ‘fun’ ini di rumah

Aktiviti memasak bersama anak-anak bukan sahaja menyeronokkan tapi dapat memberi kemahiran.

SELEPAS pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam Isnin lalu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak keluar rumah selain penutupan premis kerajaan dan swasta dikuatkuasakan bermula 17 Mac sehingga 31 Mac ini.

Perintah itu dibuat bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 yang semakin berleluasa ketika ini di Malaysia.

Tapi jangan bimbang, biarpun duduk di rumah, anda sebenarnya masih boleh melakukan pelbagai perkara bersama keluarga dan secara kebetulan ketika ini pula ialah cuti penggal persekolahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PM umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

Daripada asyik berasa panik, apa kata anda ambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.

1. Memasak

Kesempatan ini adalah waktu terbaik untuk ibu bapa mengajar anak-anak kemahiran asas memasak. Mulakan dengan resepi yang ringkas seperti mengoreng telur, masak nasi atau mi segera.

Ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi sebenarnya anda sedang menambah kemahiran mereka. Siapa tahu, suatu hari nanti ia berguna untuk mereka.

2. Permainan tradisional

Permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan galah panjang semakin dilupakan memandangkan generasi baharu kini lebih gemar menonton YouTube atau bermnain game di telefon.

Ini masanya untuk mengembalikan nostalgia serta mengangkat kembali tradisi, budaya dan warisan kita. Paling penting, semua permainan ini tidak memerlukan Wi-Fi pun!

3. Berkebun

Terperap sahaja dalam rumah bosan juga. Jika rumah anda ada laman, apa kata ajak anak-anak anda berkebun menanam sayur atau bunga.

Kalau tinggal di apartmen pun boleh berkebun! Janji ada balkoni untuk meletakkan tanaman anda. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan dan mengeluarkan peluh tetapi ia dapat memberi ilmu kepada anak-anak tentang eko-sistem dan menghargai makanan.

4. Projek DIY

Daripada menonton video TikTok yang tidak berfaedah, apa kata buat carian di YouTube mengenai idea projek DIY menggunakan bahan-bahan terbuang yang terdapat dalam rumah anda.

Aktiviti ini dapat mengalihkan perhatian anak-anak kerana mereka akan fokus kepada projek yang dilakukan, jadi tidaklah mereka terasa bosan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

5. Mengemas rumah

Ini adalah masa paling sesuai untuk semua ahli keluarga bersatu hati dan bekerjasama membersihkan rumah bagi membunuh semua kuman dan bakteria yang mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Rumah bukan sahaja bersih tetapi anda telah mengurangkan pelbagai risiko penyakit akibat kuman yang mungkin terdapat di dalam rumah. Cara ini juga turut memupuk sifat kerjasama dan ringan tulang dalam diri anak-anak.

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain