Selamatkah kita dari virus Covid-19 jika pakai sarung tangan? Ini penjelasan Dr Say Shazril

Dr. Say Shazril menjelaskan sebab mengapa penggunaan sarung tangan getah tidak praktikal. - Foto Instagram @say_shazril

PASTI ada di antara kita yang memakai sarung tangan getah ketika keluar membeli barangan keperluan harian sebagai salah satu cara melindungi diri selain menutup wajah, betulkan?

Kebimbangan dijangkiti virus Covid-19 yang sedang mengganas ketika ini membuatkan ramai daripada kita lebih berhati-hati namun adakah penggunaan sarung tangan getah efektif?

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor popular dihalang masuk pasar raya, pulang ‘kosong’ kerana tak ada topeng - “Kenapa masih wajibkan? Bukan senang nak cari face mask sekarang”

ARTIKEL BERKAITAN: Jika terus berdegil ingkar PKP, kita mungkin terpaksa hadapi 3 situasi ini... Sanggupkah anda?

Berkongsi di Instagram, Dr. Muhammad Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say Shazril memberitahu sebenarnya penggunaan sarung tangan plastik adalah lebih berbahaya dan tidak efektif untuk mengelak daripada terkena jangkitan Covid-19.

Jelasnya, secara teori penggunaannya boleh mengelakkan kulit tangan menyentuh virus namun secara praktikalnya tidak. 

Dr. Say Shazril menjelaskan terdapat dua sebab langkah pemakaian sarung tangan tidak praktikal;

Menggunakan sarung tangan getah boleh menyebabkan kita malas membasuh tangan.

1. Sarung tangan plastik boleh menjadi agen pengangkutan penyebaran virus.

Contohnya, jika anda membeli barangan keperluan sambil memakai gloves dan dengan sarung tangan yang sama anda buka pintu kereta, stering kereta, singgah pam minyak dan akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum membuangnya.

Dalam keadaan ini, sekiranya ada virus pada awal-awal ketika membeli barang di pasar raya, sekarang virus itu sudah berada di dalam kereta, stesen pam minyak dan rumah anda!

2. Kebarangkalian tak basuh tangan lebih kerap

Bila kita pakai sarung tangan, secara tidak langsung anda tidak akan basuh tangan dengan lebih kerap sebab merasakan sudah selamat sebab mendapat perlindungan gloves.

Jika membasuh tangan tidak dijadikan tabiat, bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan sarung tangan? Sentuh sana, sini dan tak basuh tangan sebab tiada 'amalan' itu.

Atas sebab itu, Dr. Say Shazril memberitahu amalkan nasihat daripada WHO yang ternyata efektif dan murah.

Virus lebih mudah tersebar kerana sikap segelintir yang membuang sarung tangan merata-rata.

1. Kerap membasuh tangan anda dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer

2. Elakkan daripada menyentuh wajah anda

3. Jaga jarak anda daripada orang lain sekurang-kurangnya satu meter

4. Duduk rumah dan patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Sarung tangan tidak boleh dibuang merata-rata sebaliknya terdapat tong sampah khas digunakan bagi melupuskannya.

Sementara itu, menjawab soalan orang ramai berhubung memakai sarung tangan ketika membeli barang dan ia terus dibuang, Dr. Say Shazril memberi dua jawapan.

"Pertamanya, kenapa nak kena pakai glove? Tak boleh ke beli barang tanpa sarung tangan dan cuci tangan selepas selesai membuat pembelian?

"Anda harus faham, Covid-19 ini merebak melalui titisan pernafasan dan bukan meresap ke dalam kulit. Maksudnya, jika ada di antara anda menyentuh virus itu, ia bukan bererti anda automatik positif Covid-19.

"Nak kata bila pakai gloves tak sentuh muka? Saya pergi pasar raya, ramai sahaja yang memakai glove betulkan topeng muka, tudung, tidakkah itu konsep yang sama?" jelasnya.

Selain itu katanya, tindakan segelintir masyarakat membuang sarung tangan dalam tong sampah biasa memburukkan lagi keadaan kerana ia sepatutnya dibuang dalam tong sampah klinikal (clinical waste bin).

Menggunakan hand sanitizer ketika memakai sarung tangan juga bukan perkara bijak.

"Plastiknya berwarna kuning yang mana pelupusannya berbeza dengan bekas sampah biasa. Lori yang pungut clinical waste bukannya lori sampah biasa, maka sudah tentu tiada plastik kuning ini di rumah.

"Jadi anda buang mana gloves yang dipakai? Seperti gambar di atas? (merujuk gambar sarung tangan dibuang merata-rata). Jika begitu anda telah aniaya mereka-mereka yang angkat dan uruskan gloves anda sebab Covid-19 boleh hidup selama lapan jam pada sarung tangan getah. Tepuk dada tanya selera," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Say Shazril turut menjelaskan tindakan menggunakan hand sanitizer ketika memakai sarung tangan juga bukan perkara bijak kerana Covid-19 tidak meresap melalui kulit.

"Kalau boleh amalkan tabiat menggunakan hand sanitizer, mengapa kena pakai gloves? Daripada membazir, apa kata sumbangkan kepada frontliners kita yang lebih memerlukan," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain