suria

Stor bertukar ‘spaceship’, lelaki ini teruja lihat karya imaginasi sendiri - “Pernah dianggap tak betul, mengarut”

Bilik Ahmad Fathil sebelum dan selepas diubah suai. - Foto kredit AHMAD FATHIL

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dianggap paling sesuai bagi pemuda ini untuk mengisi masanya dengan hobi sendiri.

Siapa sangka, daripada sebuah stor, kini ruang kecil yang menempatkan barang-barang sebelum ini bertukar menjadi pandangan angkasa lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan? Jom pinjam buku di Perpustakaan Negara Malaysia... tak payah keluar rumah, online je!

Menurut Ahmad Fathil Zakaria, dia mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menukar stor dirumahnya kepada sebuah ruang yang sangat menarik.

Idea imaginasi Ahmad Fathil diluahkan di dinding kosong bilik rumahnya.

Dengan gabungan warna yang menarik, bilik ini berubah umpama spaceship yang seperti yang selalu dalam imaginasi lelaki berusia 32 tahun ini.

Tak percaya

Menurut bapa kepada seorang anak ini, sejak kecil lagi dia amat meminat filem-filem fiksyen seperti Star Wars, Galaxy dan sebagainya.

“Satu hari apabila melihat ruang bilik ini yang dijadikan stor sejak lima tahun dulu, akhirnya timbul idea untuk mengubah ruang itu kepada sesuatu yang baharu.

“Sebelum itu, saya ada berkongsi idea untuk membuat spaceship ini dengan kawan-kawan. Ada yang kata saya tak betul la, mengarut la tetapi saya diamkan sahaja dan teruskan misi saya ini.

Anak tunggal Ahmad Fathil berusia 3 tahun teruja dengan perubahan bilik rumahnya.

“Dengan ada bakat melukis, saya curahkan idea-idea imaginasi ke atas ruang kosong dinding bilik ini.

“Setiap hari selepas bekerja, saya akan luangkan masa untuk melukis dan mengecat bilik.

“Misi saya ini juga disokong penuh oleh isteri, Norhidayu Aziz dan dia ada juga menolong mengecat bilik,” jelasnya yang bekerja seagai penghantar barang.

Teruja dan terkejut

Menurut Ahmad Fathil dia seperti tidak percaya apabila misinya itu berjaya disiapkan seperti yang diinginkan.

Ahmad Fathil menghabiskan lebih kurang RM500 untuk mengubah bilik setor rumahnya menjadi 'spaceship'.

“Sebelum  memulakan misi itu, memang saya ada merancang dengan teliti yang ingin dibuat, dari segi pemilihan warna dan corak.

“Alhamdulillah ia dapat disiapkan dengan baik, malah saya sendiri seperti tidak percaya.

“Memang bilik berubah wajah. Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerjasa sendiri.

“Kawan-kawan saya juga seeprti tidak percaya apabila tengok gambar bilik ini,” jelasnya yang tinggal di sebuah flat di Kuala Lumpur.

Ahmad Fathil mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkan bilik idamannya.

Teruskan minat

Jelas Ahmad Fadzil, selepas melihat hasil kerjanya itu, dia bercadang untuk mengembangkan lagi bakat yang ada.

“Saya memang suka melukis dan selepas ini mungkin akan cuba menghasilkan lukisan-lukisan yang lebih baik.

“Ini kali pertama saya menggunakan bakat melukis secara serius.

“Malah timbul juga perancangan lain dalam tempoh PKP ini, untuk  mengubah bilik-bilik lain atau ruang tamu dengan dekorasi yang berbeza,” katanya.

Lukis, Bilik, Angkasa, Spaceship, minat, hobi, galaksi

Artikel Lain