suria

Bosan? Jom pinjam buku di Perpustakaan Negara Malaysia... tak payah keluar rumah, online je!

Pembaca boleh meminjam buku secara online untuk tempoh tujuh hari.

SEJAK dua tiga hari ini motto #DudukdirumahStaysafe boleh dilihat di mana-mana sahaja di laman sosial.

Ia berikutan arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19 dalam tempoh dua minggu ini.

Bagi mereka yang sudah biasa bekerja di rumah, pasti arahan ini menimbulkan kebosanan untuk terus berada di rumah sepanjang masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja dari rumah bukan untuk bersuka ria, banyak godaan... ketahui 6 tip fokus tanpa gangguan

Jangan panik! Sebenarnya peluang berada di kediaman sendiri ini banyak kelebihannya kerana dalam masa yang sama anda boleh merapatkan hubungan dengan anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Beberapa langkah pinjaman secara online boleh didapati di laman web Perpustakaan Negara Malaysia.

Tambahan pula, sekarang ini juga musim cuti sekolah. Jadi apa kata anda rapatkan lagi hubungan kekeluargaan ini dengan bertukar-tukar bahan bacaan.

Mana nak cari bahan bacaan? Jangan risau memandangkan anda boleh memilih pelbagai buku yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara dalam talian.

Cara-caranya: 

• Perkhidmatan peminjaman e-buku secara online

• Dibenarkan meminjam sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu

• Perisian Adobe® Digital Editions (untuk membaca eBuku yang dipinjam) dan perisian OverDrive® MediaConsole (bagi mengakses buku audio dan bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer atau peralatan pembaca elektronik anda (mobile devices).

Menggunakan masa panjang berada di rumah dengan membaca boleh mengurangkan kebosanan anda sekeluarga.

• Had Akses

• Premis PNM (Onsite)

• Capaian Jauh (Remote access)

• Library Card Number : pnm001 - pnm100

Pengguna boleh memilih eBook daripada senarai yang diberikan dan senarai eBook ini boleh dibuat dalam bentuk Cover, Grid dan senarai mengikut kesesuaian pengguna.

Pengguna hendaklah memastikan sebelum melakukan peminjaman eBook, komputer mestilah mempunyai Software yang berikut:

Bahan bacaan boleh dipinjam secara online selama tujuh hari.

(a) Adobe Digital Edition (eBook)

(b) Overdrive Media Console (Audio Book)2. Software diatas boleh diperolehi pada Interface Portal Overdrive

Untuk memulakan peminjaman eBook

Kandungan eBook daripada Portal Overdrive telah Berjaya dipinjam dan kandungan eBook ini boleh dibaca dan disimpan menggunakan perisian Adobe Digital Edition.

Pengguna boleh membaca dan menyimpan eBook ini dalam perisian Adobe Digital Edition selama tujuh (7) hari.

Artikel Lain