Tidak perlu terbalik telefon! IGTV kini boleh ditonton melintang - I-suke | mStar

Tidak perlu terbalik telefon! IGTV kini boleh ditonton melintang

Sebelum ini IGTV hanya boleh ditonton secara menegak. - The Verge

INSTAGRAM TV (IGTV) kini tidak lagi hanya dimainkan dengan mode menegak sejak diperkenalkan tahun lalu.

Baru-baru ini, telah diumumkan IGTV menyokong video yang dirakam pada mode melintang.

Pembaharuan itu dibuat selepas menerima maklum balas pengguna dan sesetengah pelayar Instagram sudah menonton rakaman melintang di IGTV, namun masih belum boleh melihat video di skrin penuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu 'unfollow' kalau tak suka akaun Instagram rakan, tekan sahaja butang 'mute'

"Kami sedar ini adalah satu evolusi permulaan IGTV.

"Kami percaya ia adalah satu perubahan yang betul untuk penonton dan penyedia kandungan," kata syarikat itu dalam sebuah kenyataan blog.

Instagram ingin meningkatkan jumlah tontonan di IGTV. - NDTV Gadgets

Perubahan itu dianggap sama dengan pembaharuan yang memperkenalkan gambar melintang pada 2015.

Ini membolehkan kreativiti pengguna dan engagement mereka meningkat. Hal yang sama dijangka berlaku terhadap IGTV. 

IGTV melalui detik sukar untuk menjadi popular seperti aplikasi TikTok.

The Hollywood Reporter melaporkan pada awal tahun ini, penyedia kandungan tidak berminat dengan IGTV dan The Verge meluangkan masa bersama mereka pada Mac untuk membangunkan kandungan IGTV.

Walaupun sambutan yang diterima positif, pembikin kandungan menyedari mereka tidak dapat menjana pendapatan melalui IGTV.

Pengguna lebih gemar memilih YouTube kerana dapat menjana pendapatan. - Android Central

Tidak seperti YouTube, Instagram tidak mempunyai perkhidmatan meletakkan iklan yang membayar pembikin kandungan.

Sebelum ini, mereka yang menghasilkan kandungan untuk siaran YouTube terpaksa membuat dua kerja untuk menyiarkan karya mereka di IGTV.

Ia seolah-olah memerlukan kerja lebih tanpa menerima pulangan yang setimpal.

Namun selepas IGTV membenarkan pengguna aplikasi tersebut berkongsi video mereka yang muncul di susur masa Instagram pada awal tahun ini, bilangan tontonannya semakin meningkat. - The Verge

IGTV , Instagram

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain