suria

Padu! Bukan satu, bukan dua, tapi 4 kamera... Honor 20 dijual pada harga RM1,699

Untuk pasaran Malaysia, ia hadir menerusi dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Sapphire Blue. FOTO: Qishin Tariq/The Star

TELEFON pintar Honor melancarkan flagship terbaharu mereka, Honor 20 yang dihadirkan dengan empat kamera.

Bagaimanapun, tarikh pelancaran model itu di negara ini masih belum didedahkan.

Nak tahu apa yang menarik? Kali ini mStar membawakan anda trivia serba ringkas tapi padat mengenai model sensasi Honor 20.

Paling menarik, model ini memiliki bilangan kamera yang lebih dari biasa.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, bukan satu bukan dua, tetapi empat kamera!

Tak percaya? Namun itulah yang ditawarkan oleh model ini yang dijangka menjadi salah satu model paling dinanti-nantikan pada tahun ini.

Honor 20 hadir dengan sistem empat kamera yang mana lensa utamanya cukup padu dengan keupayaan 48 megapiksel (MP).

Kehebatan kamera itu ditambah dengan kombinasi kamera 16MP sudut lebar (wide angel), lensa depth sensor 2MP dan lensa makro 2MP.

Memiliki saiz skrin 6.26 inci, ia turut hadir dengan fungsi pengecaman wajah (face unlock) dan sensor cap jari.

Selain itu, ia dikuasakan oleh cip Kirin 980 yang turut digunakan dalam peranti Huawei P20 dan P30.

Untuk storan, ia mempunyai 128GB dan dijana dengan bateri berkapasiti 3,750mAh.

Untuk pasaran Malaysia kelak, Honor 20 bakal dijual menerusi dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Sapphire Blue pada harga RM1,699. - The Star.

Artikel Lain