suria

WhatsApp akan ada ciri baharu untuk muat naik WA Stories terus ke Facebook

WhatsApp membolehkan anda mengemas kini status 'story' ke Facebook secara terus. - Gambar hiasan

WHATSAPP sedang berusaha untuk memperkenalkan ciri baharu yang akan membolehkan pengguna berkongsi status story yang boleh ditambah secara automatik ke Facebook Stories.

Menurut Wabetainfo.com, syarikat tersebut memperkenalkan ciri itu bagi meningkatkan jumlah Stories yang dimuat naik ke platform tersebut pada setiap hari.

Rupa-rupanya, WhatsApp Stories sudah semakin popular walaupun ramai yang tidak pernah menggunakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Huawei: Apa nasib pengguna sedia ada dan model akan datang?

Bagaimanapun, ciri tersebut masih belum dilancarkan dan sekiranya ia sudah boleh digunakan, WhatsApp akan membenarkan pengguna mengemas kini status yang mengandungi gambar, video, GIF dan teks ke Facebook.

WhatsApp cuba menarik lebih ramai orang menggunakan aplikasi WhatsApp Stories. - Relax News

Pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin menghantar terus WhatsApp Stories ke Facebook atau tidak.

Tetapan tersebut dibuat selepas terdapat beberapa pelanggaran hak pengguna yang membawa kepada jutaan telefon pengguna WhatsApp digodam.

"Kami percaya beberapa pengguna terpilih yang mudah terdedah dengan serangan telah menjadi sasaran pelaku siber ini.

"Serangan tersebut memiliki semua ciri sebuah syarikat swasta yang dikenali bekerja dengan kerajaan untuk menghantar virus yang merampas fungsi sistem operasi telefon bimbit.

"Kami telah memberi taklimat kepada beberapa organisasi hak manusia untuk berkongsi maklumat yang kami boleh dan bekerjasama dengan mereka untuk memberitahu masyarakat sivil," kata syarikat tersebut. - Her

WhatsApp, WhatsApp Stories, Facebook

Artikel Lain