suria

Rumah banyak tikus? Usir guna 3 bahan ini, ‘cik ti’ terus keluar dah tak berani balik sarang

Campuran tiga bahan dapur dikatakan mampu membantu halau tikus.

KEHADIRAN tikus di kediaman pastinya meresahkan penghuninya kerana haiwan ini mudah membiak dengan banyak dan gemar merosakkan barang.

Jangkitan penyakit berjangkit secara langsung juga boleh berlaku apabila rembesan najis atau cecair yang mengandungi organisma seperti bicilli, rickettsia atau virus daripada tikus terkena manusia.

Penggunaan perangkap tikus pula tidak memberi kesan kerana hanya sedikit sahaja yang terjerat berbanding puluhan ekor yang ada.

Menerusi satu hantaran tular di laman sosial, seorang lelaki dikenali Jesep Ardin berkongsi kaedah yang digunakannya untuk menghalau kesemua tikus dari kediaman.

Cara-cara:

1. Sediakan segenggam cengkih.

2. Masukkan ke dalam bekas terpakai.

3. Tambah kapur barus yang sudah dihancurkan ke dalam bekas yang sama.

4. Kemudian campurkan beberapa titis minyak kayu putih. Kacau kesemua bahan supaya sebati.

5. Setelah selesai, letakkan bekas berisi campuran tadi di tempat atau ruang yang disyaki menjadi laluan atau sarang tikus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain