suria

Tak sempat duduk rumah dah rosak, pemaju pula ‘liat’ nak baiki! Pembeli boleh guna 3 cara penyelesaian ini, tak perlu bertekak

Kesan kecacatan pada binaan rumah yang baru dibeli perlu dibaiki oleh pemaju. -Gambar hiasan

SESIAPA sahaja mempunyai impian untuk memiliki kediaman sendiri sama ada besar mahupun kecil.

Disebabkan itu, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja kerana hartanah dan rumah merupakan pembelian paling mahal dalam hidup bagi kebanyakan individu.

Namun kadang kala, selepas berjaya melepasi cabaran pemilikan, pembeli terpaksa berdepan dengan masalah keadaan rumah pula yang rosak di bahagian tertentu.

Bagi anda yang mengalami masalah ini, bolehlah mengikut cara yang dikongsi Wa Aqilah Aqeel, sekali gus dapat mengelakkan pengeluaran kos yang tinggi untuk baik pulih kerosakan yang berpunca daripada pemaju.

Lebih mudah sekiranya rumah tersebut masih mempunyai Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP).

Pembeli perlu meneliti keadaan rumah sebelum berpindah masuk. -Gambar hiasan The Star

Pembeli perlu meneliti keadaan rumah sebelum berpindah masuk. -Gambar hiasan The Star

Langkah 1

Hantar surat rasmi kepada pemaju dan buat salinan kepada peguam yang menguruskan perjanjian jual beli (S&P).

Anda boleh menghantarnya menerusi kaedah pos berdaftar supaya terdapat rekod.

Kaedah ini penting kerana duit pinjaman adalah milik anda dan peguam yang mengawalnya.

Kebiasaannya peguam dan bank tidak akan lepaskan duit 100 peratus yang mana 95 peratus sahaja diberikan dan baki lima peratus adalah sebagai 'retention sum'.

Kontraktor perlu menyelesaikan semua kecacatan atau masalah yang dialami untuk menerima baki tersebut.

Penglibatan Tribunal dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. -Gambar hiasan

Penglibatan Tribunal dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. -Gambar hiasan

Langkah 2

Sekiranya tiada tindakan selepas 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan nyatakan akan membuat laporan kepada pihak Tribunal.

Salinan surat mesti dihantar ke peguam S&P.

Pihak pemaju yang berdegil dan enggan melakukan kerja baik pulih yang diarahkan tidak akan menerima baki lima peratus berkenaan.

Bahkan, sekiranya anda yang membaiki sendiri kecacatan tersebut, anda layak mendapatkan baki tersebut.

Langkah 3

Tiada tindakan juga selepas 14 hari dari tempoh tersebut, anda boleh membawa dua surat berkenaan dan membuat laporan kepada Tribunal.

Apa yang menarik, pihak Tribunal akan memihak kepada pembeli.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain