suria

BBEA 2023 berlangsung meriah! Iktiraf lebih 60 usahawan, selebriti Bumiputera

Sebahagian usahawan dan tokoh korporat yang menerima anugerah.

BAGI menyerlahkan kecemerlangan serta inovasi yang telah dilaksanakan, lebih 60 usahawan, ahli perniagaan dan tokoh korporat Bumiputera diiktiraf menerusi acara khas Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2023.

Dalam majlis tahunan yang gilang-gemilang ini, BBEA 2023 turut menghargai sumbangan usahawan selebriti yang telah menterjemahkan kejayaannya daripada industri hiburan kepada dunia perniagaan dengan menggabungkan sambutan serta pengiktirafan.

Antara penerimanya adalah Rozita Che Wan yang menerima anugerah Emerging Beauty.

Selain itu, antara yang menjadi tumpuan pada malam tersebut adalah pengiktirafan kepada tiga penyanyi legenda Malaysia di atas jasa dalam industri muzik di peringkat antarabangsa.

Mereka yang menerima anugerah Malaysian Music Legend adalah Datuk Ramli Sarip, Datuk Zanial Abidin dan Datuk Nora Ariffin.

Menyedari kepentingan pembangunan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang semakin meningkat, BBEA 2023 mengiktiraf inisiatif CSR yang cemerlang melalui kategori anugerah khusus iaitu ‘Excellence in CSR'.

Penerima anugerah merupakan mereka yang menyumbang dalam industri dan inovasi.

Penerima anugerah merupakan mereka yang menyumbang dalam industri dan inovasi.

Pemenang 2023 dalam kategori ini ialah Yayasan Bank Rakyat dan KPJ Healthcare, di mana mereka bergerak sebagai organisasi yang telah memberi komitmen yang tinggi pada tahun lalu terhadap kelestarian sosial dan alam sekitar.

Pengerusi BBEA, Mahathir Mahzan berkata, dengan inisiatif ini diharapkan akan terus muncul lebih banyak usahawan Bumiputera yang berjaya dan berpotensi untuk membantu membangun dan memulihkan ekonomi negara.

“Sesungguhnya, anugerah ini bakal menjadi pembakar semangat untuk memastikan lebih banyak kejayaan yang luar biasa oleh usahawan dan syarikat-syarikat bumiputera,” katanya.

Tambahnya, BBEA 2023 bukan sahaja mengiktiraf kejayaan, tetapi juga menjadi platform penting bagi merai dan memperkasakan kisah perniagaan luar biasa mereka yang terus melakar landskap perniagaan masa depan Malaysia.

Majlis yang berlangsung pada Khamis malam ini dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia Rizal Nainy dan Pengerusi KNM Group Sdn Bhd, Tunku Datuk Yaacob Khyra.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain