suria

Tak ragu-ragu nak makan, peniaga makanan kongsi cara buat tauhu sendiri... Dijamin halal!

Terdapat cara mudah untuk sediakan tauhu sendiri di rumah.

TAUHU dihasilkan daripada soya dan ia merupakan makanan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia adalah sumber protein yang baik dan mengandungi semua lapan asid amino penting.

Rupa-rupanya mudah saja untuk menghasilkan sendiri tauhu di rumah, hanya guna empat bahan.

Peniaga pizza, Jumee Afuan ada berkongsi kaedah pembuatannya melalui satu hantaran di Facebook.

Kacang yang direndam perlu disejatkan.

Bahan-bahan yang digunakan:

1. 1 kilogram kacang soya

2. 1 cawan air

3. 10 sudu cuka makan

4. 2 cawan air

Cara-cara pembuatan:

1. Rendamkan kacang yang dicuci semalaman.

2. Tos atau tapiskan kacang yang dicuci.

3. Kisar kacang menggunakan air mengikut sukatan dibuat iaitu 1:2 (1 cawan kacang nisbah 2 cawan air).

4. Tapis menggunakan kain kasa.

5. Masukkan cuka.

Tauhu yang sudah siap dibuat boleh digoreng untuk rasa lebih sedap.

6. Biarkan sehingga kacang berketul.

7. Letak dalam bakul dan alas dengan kain kasa.

8. Tindih bakul dengan benda berat.

9. Biarkan sejuk.

10. Buka kain dan potong tauhu mengikut saiz.

Menurut Jumee, tauhu yang digoreng selepas dibuat sendiri lebih segar berbanding yang dibeli.

Malah, tauhu yang dibuat sendiri sudah pasti dijamin lebih bersih dan status halalnya tidak diragui.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain