suria

Rugi kalau tak buat! Ini cara nak kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan akibat jalan rosak

Jalan yang berlubang boleh menjadi punca kemalangan jalan raya.

KEMALANGAN akibat jalan berlubang sukar dielakkan dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Tidak semena-mena pemilik kenderaan perlu menanggung kos yang tinggi bagi memperbaiki kerosakan akibat daripada kemalangan seperti itu.

Lebih parah apabila pemandu atau penumpang kenderaan turut mengalami kecederaan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital mahupun klinik.

Namun sedarkan anda bahawa mangsa boleh membuat tuntutan bayaran kos yang ditanggung daripada tiga pihak yang bertanggungjawab.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia di laman X, pihak yang mahu membuat tuntutan perlu mengambil beberapa langkah.

Kerosakan jalan raya sering berlaku tanpa diduga.

Enam langkah-langkah tersebut adalah:

1. Ambil gambar kenderaan anda dan lubang pada jalan sebagai bukti.

2. Ambil gambar kerosakan pada kenderaan atau kecederaan pada tubuh.

3. Kumpulkan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, klinik, hospital, bengkel (untuk tujuan tuntutan bayaran semula)

4. Buat laporan polis dengan nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.

5. Semak dengan polis untuk ketahui siapakah yang pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.

6. Pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.

20561286

Aduan kerosakan jalan raya boleh dibuat mengikut jabatan terlibat.

Siapa yang perlu bertanggungjawab?

Bagi jalan berkaitan dengan negeri atau persekutuan, pihak yang bertanggungjawab adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Namun bagi masalah berkaitan jalan di lebuh raya pula, perlulah merujuk kepada syarikat konsesi tol yang berkaitan.

Sekiranya jalan laluan di perumahan rosak, aduan boleh disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain