suria

Selama ini asyik salah je, rupanya tak susah pun nak pilih tembikai manis... Kena tengok jalur dan tangkai

Tembikai yang manis boleh ditentukan pada jalur dan tangkai.

TEMBIKAI merupakan buah yang sedap dimakan terutama ketika cuaca panas kerana ia mampu menghidratkan badan.

Namun memilih tembikai yang manis dan elok di pasaran ibarat satu 'perjudian'.

Jika tersalah pilih, anda berkemungkinan membeli tembikai tidak manis.

Bagi mengelakkan ia terjadi, anda boleh cuba gunakan tip yang dikongsikan Aishah Wahab supaya tidak tersalah membeli tembikai.

1. Pilih jalur tembikai yang bercorak cantik

Jalur pada kulit tembikai menentukan kemanisan buah tersebut.

Pastikan anda memilih jalur yang kemas, tidak serabut dan sedap mata memandang.

Terdapat empat cara untuk memilih buah tembikai yang manis.

2. Pilih tapak yang kecil

Tembikai yang manis boleh ditentukan pada bahagian tapak.

Jika tapaknya kecil, itu menandakan buah tembikai manis.

Jika tapak pada bahagian bawah itu besar, ia bermaksud tembikai kurang manis.

3. Pilih bentuk yang bulat

Tembikai yang berbentuk bulat bermaksud isinya lebih manis berbanding buah lonjong.

Jika berbentuk lonjong, tembikai agak juicy (berair).

Kemanisan buah tembikai boleh ditentukan melalui tapak yang besar dan kecil.

4. Pilih tembikai bertangkai kerinting

Perhatikan tangkai tembikai untuk menentukan kemanisan buah tersebut.

jadi cuba pilih tangkai buah tembikai yang curly (kerinting) berbanding lurus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Dua maut akibat letupan di kilang