suria

Puas sental dengan sabun tetap tak hilang! Ini 5 cara cuci kesan kuning kunyit melekat di tangan

Kesan kuning akibat terkena kunyit boleh dihilangkan dengan mudah.

KUNYIT merupakan salah satu rempah ratus penting yang sering dimasukkan dalam masakan.

Memegang dan menyentuh kunyit menggunakan tangan boleh menyebabkan warna kuning yang melekat sukar untuk dibersihkan.

Membasuh dengan air semata-mata tidak mampu menghilangkan kesan tersebut.

Lebih menyusahkan apabila kita tidak boleh menyentuh fabrik putih kerana bimbang kesan kuning akan melekat.

Sebenarnya, ada lima bahan dapur boleh dgunakan untuk menghilangkan kesan kunyit pada tangan dan jari seperti dikongsikan oleh Norbaya Dahalan.

Kunyit biasa digunakan dalam masakan.

1. Minyak zaitun

Sapukan minyak zaitun pada tangan dan kuku yang terkena kunyit.

Lap dengan kain bersih dan ulang beberapa kali sehinga kesan kuning hilang.

2. Gula pasir

Bancuh gula pasir bersama air suam.

Gosok (sental) jari menggunakan air bancuhan tersebut.

3. Serbuk penaik

Kaedahnya sama dengan menggunakan gula pasir.

Gosok tangan sehingga warna kuning hilang

Cuka epal boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kuning kunyit.

4. Lemon atau limau

Hiris buah lemon dan gosok jari menggunakan potongan limau tersebut.

5. Cuka epal

Gosok tangan menggunakan cuka epal sehingga warna hilang.

Bilas menggunakan air bersih bagi mengelakkan sebarang iritasi.

Jadi, golongan ibu atau individu yang terkena kunyit sewaktu memasak boleh memilih cara mana yang diingini.

Keberkesanan teknik ini adalah bergantung kepada cara cucian dibuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain