suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Senyuman anda lebih menggoda! Jom atasi bibir gelap, kering cuma guna 3 bahan je

Kombinasi timun, madu dan gula boleh membantu anda untuk mendapatkan bibir yang sihat.

TARIKAN pada wajah bukan hanya lirikan mata, tapi juga senyuman manis dan menggoda.

Memiliki bibir sihat tentunya bonus untuk berpenampilan lebih menyerlah di khayalak ramai.

Namun masih ada yang kurang yakin dengan diri kerana masalah bibir kering, hitam dan mengelupas.

Jangan bimbang kerana ada petua bagi mengatasi masalah itu. Ikuti cara mudah menerusi perkongsian di TikTok Teamon Malaysia.

Bahan-bahan utama:

1. Timun

2. Gula

3. Madu

Cara penyediaan:

1. Potong timun secara memanjang.

t2

Ubi bit merah juga boleh menyihatkan bibir anda.

2. Oleskan madu di atas permukaan timun.

3. Tabur gula di atas permukaan timun.

4. Gosok timun pada bibir dengan perlahan-lahan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan ubi bit merah bagi mendapatkan bibir yang lebih menarik.

Caranya mudah, anda hanya perlu menumbuk atau memarut ubi bit merah untuk mendapatkan airnya.

Kemudian, campur dua sudu pelembap Vaseline bersama air ubi bit merah.

Apabila sebati, anda boleh menyimpannya di dalam bekas dan sapu pada bibir sebanyak tiga kali sehari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain