suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupanya senang sangat nak tanam anggur... Para suami mesti boleh buat, ‘beli’ jiwa isteri

Anggur sebenarnya boleh ditanam dalam iklim Malaysia.

TAHUKAH anda, pokok anggur sebenarnya boleh ditanam dan berbuah dalam iklim Malaysia?

Malah, kaedah untuk menanam anggur juga tidak sukar seperti sangkaan ramai.

Bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dalam penanaman anggur, ikuti langkah demi langkah yang dikongsi oleh pemilik akuan TikTok Bls Home Deco ini.

Cara-caranya:

1. Mula-mula keluarkan isi aloe vera dan masukkan ke dalam bekas/ gelas berisi air.

1

Langkah 1

2. Cucuk buah anggur pada batang kayu dan rendamkan buah itu separuh tenggelam.

2

Langkah 2

3. Tidak lama kemudian, anda boleh melihat akar mula tumbuh daripada buah anggur yang direndam itu.

3

Langkah 3

4. Keluarkan anggur yang ditumbuhi akar dan tanam di dalam pasu atau polybag berisi tanah.

4

Langkah 4

Sebagai peringatan, akar anggur sensitif dengan air berlebihan, jadi anda hanya perlu siram ketika tanahnya mula mengering.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan pokok anggur diletakkan di tempat yang mendapat sumber cahaya matahari secara langsung.

Dari segi penyediaan tanah campuran untuk tanaman anggur yang subur, anda boleh mencampurkan sekam bakar, sekam mentah, tanah hitam, pasir serta baja tahi kambing.

Tanah campuran ini juga sebaiknya dibiarkan beberapa hari sehingga rumput mulai tumbuh, selepas itu barulah sesuai untuk anda tanam anak pokok anggur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain