Kampung Buatan Malaysia bertujuan menyuntik semangat perpaduan serta rasa bangga terhadap produk tempatan.
BAYANGKAN anda menikmati secawan kopi sambil ditemani keriuhan suasana kampung, sudah pasti akan mengimbau kembali detik penuh nostalgia. Suasana ini dapat dirasai di Kampung Buatan Malaysia, acara khas anjuran ZUS Coffee, jenama kopi tempatan yang terkenal kerana inovasinya. Bertempat di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, objektif utama acara ini bukan sahaja untuk memartabatkan jenama dan produk buatan Malaysia, malah menyuntik semangat perpaduan serta rasa bangga terhadap produk tempatan dalam diri setiap pengunjung. Merupakan inisiatif khas ZUS Coffee yang bergabung dengan jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie's, SYOK dan BOH, Kampung Buatan Malaysia juga mendukung jenama lokal lain yang sedang meningkat naik untuk memeriahkan acara ini. Minuman percuma yang disediakan di booth Zus. Pelbagai acara menarik dianjurkan di Kampung Buatan Malaysia, antaranya pengunjung dapat menikmati pelbagai juadah di Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa dari vendor ChickenbyWon, Dapooalia HQ, Flaaah, Jomcha, Kinori, Nachoslah, The Bao Guys dan The Rori Club. ARTIKEL BERKAITAN: Istimewa Merdeka, Hari Malaysia! Ini 3 jenama popular yang boleh anda serbu, ada diskaun sehingga 60 peratus Selain itu, 23 jenama tempatan yang mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi boleh didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia. Pengunjung juga boleh melawat 'ZUS Time Tunnel' untuk lebih mengenali jenama kopi tempatan ini. Bukan itu sahaja, bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, penganjur mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu 'Tarik Series'. ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik ini diperbaharui dengan kelembutan 'Velvet Crème' ZUS Coffee, satu gabungan rasa tempatan lemak manis yang mengikut citarasa masyarakat Malaysia. Demonstrasi produk baharu Zus iaitu 'Tarik Series'. Kempen Buatan Malaysia juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk 'Tarik Series', dan juga kolaborasi dengan Inside Scoop untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh minuman ZUS Coffee. Lebih menarik, para pengunjung dihiburkan dengan persembahan oleh artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff, dan Andi Bernadee. Acara ini juga diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui tarian Muhibbah yang menggabungkan budaya dan kaum yang berbeza. Ayuh memeriahkan lagi Kampung Buatan Malaysia yang berlangsung pada hari ini bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang. Mari bersama kita memartabatkan buatan Malaysia! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube