suria

Qalbox tawar kandungan hiburan mesra Muslim global! Mudah nak akses, cuma guna aplikasi Muslim Pro

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din (kiri) dan Fara Abdullah ketika pelancaran Qalbox.

DI Asia Tenggara, terdapat peningkatan minat dalam kandungan over-the-top (OTT) dengan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada penduduk di rantau ini menstrim kandungan tersebut.

Namun begitu, wujudnya kekurangan kandungan berasaskan agama yang sesuai untuk penonton Muslim yang celik teknologi.

Satu kaji selidik yang dijalankan terhadap pengguna aplikasi Muslim Pro mendedahkan, tujuh daripada 10 responden mengakui sukar untuk mengakses pelbagai sumber dan platform apabila mencari kandungan yang sesuai dengan penonton Muslim dan relevan.

Justeru, Qalbox tampil bagi menangani 'kekurangan' ini dengan menonjolkan identiti dan budaya Islam sekali gus memberikan nilai yang lebih besar kepada penonton serta menggalakkan perwakilan Muslim yang lebih besar dalam industri hiburan.

qalbox 2

Antara tayangan menarik di Qalbox.

Qalbox merupakan perkhidmatan penstriman video terbaharu daripada Bitsmedia, menganjurkan sumber kandungan yang luas yang meraikan identiti dan budaya Muslim global dalam mewujudkan platform berfokuskan Muslim.

"Kandungan kami yang pelbagai bukan sahaja mencerminkan kepelbagaian masyarakat Islam, tetapi ia juga menyediakan pelbagai tajuk global untuk menghiburkan pengguna.

"Kami berharap penonton di Malaysia akan menikmati katalog yang pelbagai ini, yang menggambarkan pengalaman Muslim di seluruh dunia," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi non-muslim tegur umat Islam, bimbang terpedaya helah peniaga - “Proses halal China beza dengan Jakim”

Penonton tempatan akan mempunyai akses kepada pelbagai kandungan mesra Muslim dari seluruh dunia, antaranya siri dokumentari pendek I Am Muslim, komedi oleh Maz Jobrani: Pandemic Warrior (Highpoint Productions), siri televisyen Little Mosque on the Prairie (Westwind Pictures), siri animasi kanak-kanak yang dicalonkan Emmy, Burka Avenger (Unicorn Black Studios), dan bacaan al-Quran serta doa-doa.

qalbox 1

Siri dokumentari pendek I Am Muslim adalah salah satu kandungan original di Qalbox.

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Disember, Qalbox boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dengan langganan 2 dalam 1, memberikan pengguna Muslim Pro dua tawaran dalam satu aplikasi mudah alih.

Sempena pelancarannya, pengguna Malaysia boleh mendapatkan Qalbox pada harga promosi RM4.90/bulan atau pelan langganan tahunan RM49.90/tahun untuk masa yang terhad sahaja.

Qalbox tersedia untuk tontonan pada telefon pintar, aplikasi web, tablet dan SMART TV Chromecasting.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain