suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ini 4 langkah mudah masak nasi rendah karbo, mampu kurangkan 50 peratus kalori

Golongan yang sedang diet kini tak perlu bermusuh dengan nasi.

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang memperkatakan tentang 'nasi rendah karbo' terutama dalam kalangan mereka yang sedang diet.

Satu masalah besar bagi kebanyakan individu yang ingin mengurangkan berat badan adalah mereka tidak boleh meninggalkan nasi.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, bolehlah mencuba kaedah memasak nasi ini yang dikatakan mampu membantu mengurangkan karbohidrat sekali gus mengurangkan kalori.

Seperti dipaparkan James dalam National Meeting and Exposition of the American Chemical Society pada Mac 2015, kaedah memasak nasi ini sangat ringkas.

Sesiapa sahaja boleh memasaknya di rumah dan paling penting kalorinya didakwa mampu berkurang sehingga 50 peratus.

nasi

Cara nasi dimasak boleh membantu mengurangkan kadar karbohidrat.

Berikut 4 langkah mudah yang perlu anda turuti:

1. Tuangkan air dalam periuk, rebus hingga mendidih.

2. Masukkan satu sudu teh minyak kelapa dalam air mendidih untuk setiap setengah cawan beras yang ingin dimasak.

3. Setelah nasi masak, biarkan ia sejuk di peti ais selama 12 jam.

4. Setelah disimpan ke dalam peti ais selama 12 jam, anda hanya perlu memanaskannya dalam microwave jika mahu makan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain