suria

Peluang kenal artis tempatan di Festival TUKANG... pameran, persembahan muzik dan bazar seni pun ada

Antara pameran yang disediakan di Festival TUKANG di Galeri Shah Alam.

MENYEDARI impak bakat kreatif dalam membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat, Tourism Selangor menganjurkan Festival Rekabentuk dan Kraf 2022 (TUKANG) di Galeri Shah Alam, Selangor.

Bermula 22 November lalu, pelbagai aktiviti dan program pendidikan diadakan seperti Pameran Inovatif, Bengkel Seni, Ceramah Rekabentuk, Bazar Seni Pop Up dan Kraf, Persembahan Muzik serta Pameran Pitching Pelancongan Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Serlahkan seni fotografi anda dengan HUAWEI Mate50 Pro! Hasil setanding kamera berteknologi tinggi

Pameran selama lima hari yang julung kali diadakan itu, dianjurkan Suzy Sulaiman dari Fakulti Kreatif dan Multimedia, Universiti Multimedia.

Pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan artis dan mengetahui lanjut tentang kraf.

Pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan artis dan mengetahui lanjut tentang kraf.

Menariknya, festival ini turut membariskan pereka serta artis yang inovatif melalui anugerah geran awam yang mana geran bernilai RM10,000 telah diberikan kepada enam reka bentuk pemenang untuk tempoh tiga bulan bagi menyiapkan projek mereka.

Antara projek kraftangan yang akan dibentangkan ialah A Piece of Kampung oleh Leon Leong dan Hani Ali; Tepak Ulam oleh Warenakita; Re: Vision oleh Gwyneth Jong dan Maisarah Lubis; ‘Mok’ Pod oleh Gharib+Batiktektura; Sustainable Innovation Batik Alternative Tool oleh Ecovs dan T.I.K.A.R. oleh Inside RG.

Penganjuran tersebut juga selaras dengan kempen pelancongan domestik Selangor, 'Pusing Selangor Dulu!'.

MokPod antara artis yang hadir untuk pameran.

MokPod antara artis yang hadir untuk pameran.

Idea inovatif daripada bakat-bakat kreatif ini boleh digunakan dalam pembangunan produk yang terdiri daripada industri fesyen, perabot mahupun makanan yang berpotensi menjadi tarikan pelancongan.

Tidak ketinggalan, penampilan kumpulan seni tempatan dan muzik indie seperti Couple, Acap Loko, Heidi Moru dan Maple bagi persembahan sepanjang Festival TUKANG diadakan sekali gus memeriahkan lagi penganjuran.

Jadi apa tunggu lagi? Hadir beramai-ramai ke Festival TUKANG.

Anda juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pereka dan artis kraf sepanjang penganjurannya bagi mendapatkan pengalaman yang lebih mendalam tentang dunia seni dan kraf.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain