suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa jangan marah-marah si kecil buat ‘mural’ guna krayon, cuci je guna ‘hair dryer’

Gunakan pengering rambut dan kain pengelap untuk membuang kesan kotoran krayon pada dinding. Foto: The Maids

MEMPUNYAI anak-anak yang sedang membesar merupakan satu fasa 'menakutkan' buat segelintir ibu bapa.

Dalam fasa itu, si kecil akan meneroka pelbagai benda baharu dan mula menyerlahkan kreativiti mereka dengan cara tersendiri.

Antara situasi yang biasa dilihat, keadaan dinding kediaman yang dipenuhi lukisan dan lakaran yang diconteng menggunakan krayon oleh anak-anak.

Bukan mudah untuk menanggalkan kotoran itu, namun seorang wanita di aplikasi TikTok berkongsi satu teknik yang dianggap 'game changing' sehingga dia menerima pujian ramai.

Menggelarkan dirinya sebagai Patriciamillions, wanita itu berkata dia sudah mencuba pelbagai kaedah untuk menanggalkan kotoran krayon pada dinding rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lelaki lebih pengotor? Ketahui cara genius untuk si pemalas kemas rumah

Namun, dia akhirnya menemui satu teknik genius dengan hanya menggunakan pengering rambut dan kain pengelap microfibre.

"Guna pengering rambut dan kain pengelap microfibre. Ia sangat senang dan mudah," ujarnya di TikTok.

Caranya senang sahaja, pasang pengering rambut dan halakan ia ke arah dinding yang dipenuhi kesan conteng krayon, biarkan ia dipanaskan dengan haba daripada pengering rambut itu.

Kemudian, ambil kain dan lap sahaja bahagian itu. Kesan kotor akan tanggal dengan mudah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain