suria

Umat Islam dinasihat tidak sertai festival Bon Odori! Ketahui simbolik di sebalik perayaan masyarakat Jepun itu 

Festival Bon Odori disambut bagi menghormati roh nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia.

ISNIN lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihatkan agar umat Islam di negara ini tidak menyertai program Festival Bon Odori yang bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini kerana ia mengandungi unsur agama lain.

Idris berkata, kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mendapati festival itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain dan dibimbangi mampu merosakkan akidah umat Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak masuk akal! Lelaki suka pakai baju perempuan mengandung antara 10 fetish pelik dalam dunia

Lebih membimbangkan poster promosi festival itu turut memperlihatkan anime wanita berhijab dalam persalinan kimono.

Apa sebenarnya simbolik di sebalik festival Bon Odari ini?

Disebut Obon atau Bon, ia adalah adat penganut agama Buddha di Jepun bagi menghormati roh nenek moyang mereka dengan pulang ke kampung halaman untuk melawat kediaman atau kubur.

5f3478ca2adaa

Tarian tradisional akan dipersembahkan ketika festival ini.

Kebiasaannya, ahli keluarga akan membersihkan kubur nenek moyang mereka, membawa makanan kegemaran serta menggantung tanglung untuk membimbing roh ke alam lain.

Tradisi popular ketika festival ini adalah Bon Odori yang merujuk kepada sebuah tarian yang dipersembahkan ketika acara itu.

Terdapat beberapa tarikh berbeza untuk perayaan itu bergantung kepada kalendar yang diikuti dan perbezaan ini datangnya daripada peralihan kalendar lunar ke kalandar Gergorian.

Shichigatsu Bon ata Bon pada bulan Julai (15 Julai) Shichigats ialah tempoh yang secara tradisinya disambut di wilayah Kanto dan Tohoku. Manakala Hachigatsu Bon atau Bon in August (15 Ogos) pula adalah yang paling diraikan antara ketiga-tiga tarikh Obon.

Kyureki Bon atau Old Bon (Antara 8 Ogos dan 7 September) mengikut tarikh tradisional Obon (hari ke-15 dalam bulan ketujuh dalam kalendar lunar) jadi apabila ia disambut berbeza setiap tahun. Ia disambut terutamanya di wilayah Okinawa.

Walaupun Obon bukan cuti umum, ia masih menjadi kebiasaan bagi pekerja untuk mengambil cuti untuk meraikan cuti tersebut.

5f347830c514f

Unggun api akan dinyalakan di lereng bukit pada perayaan ini.

Meskipun festival Obon berteraskan kepada upacara keagamaan, namun sejajar dengan peredaran zaman, penganjurannya mula berubah dan dilihat sebagai perhimpunan sosial bagi merasai budaya dan hiburan Jepun.

Bagi masyarakat Jepun, festival ini juga adalah peluang mereka untuk pulang ke kampung halaman dan meluangkan masa bersama keluarga selain mencuci kubur nenek moyang dan menyalakan tanglung.

Selain daripada Bon Odori yang merujuk kepada tarian tradisional yang dipersembahkan semasa perayaan itu, Gozan Okuribi Ritual Fires adalah salah satu upacara unik di Kyoto.

Semasa upacara ini, unggun api dinyalakan di lima lereng gunung dipercayai untuk memberi pelepasan yang baik kepada roh. Unggun api ini biasanya dapat dilihat dari jauh dan dibuat dalam bentuk aksara dan gerbang torri dan perahu.

Hari ini, tarian Bon Odori telah berevolusi sebagai hiburan semasa perayaan itu namun masih mengekalkan tradisi yang telah diamalkan sejak berabad lamanya.

Kini ia dipersembahkan di tempat awam menerusi festival dan di jalanan serta kuil malah gaya tarian, pakaian dan muzik yang berbeza digunakan ketika persembahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain