suria

Tolong pujuk! Ini tanda-tanda si bulus kesayangan sedang bersedih

Terdapat beberapa ciri yang menunjukkan kucing sedang bersedih.

SAMA seperti manusia, kucing juga boleh berasa sedih tetapi perasaan itu tidak dapat ditunjukkan melalui ekspresi wajah atau pun linangan air mata.

Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh menandakan bahawa si bulus sedang bersedih dan ia perlu diberi perhatian oleh pemilik kucing kerana boleh memujuk atau memanjakannya agar perasaan sedihnya hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam jijik... ada sebab mengapa kucing gemar hidu dubur si bulus lain, jangan cuba halang!

Jika dibiarkan, berkemungkinan perasaan sedih itu berlarutan dan boleh menyebabkan si bulus kemurungan.

Berikut adalah tujuh petanda kucing kesayangan anda berasa dalam keadaan sedih.

Cara-merawat-kucing-di-musim-hujan

1. Suara mengiau

Suara mengiau yang dikeluarkan kucing boleh memberitahu perasaannya. Cara kucing yang sedang bersedih mengiau biasanya akan berbeza daripada kebiasaan.

Sebagai contoh, kucing yang biasanya akan mengiau kegirangan apabila namanya dipanggil menjadi berbeza dengan suara lebih perlahan atau hanya mendiamkan diri.

2. Bahasa tubuh

Bahasa tubuh yang ditunjukkan kucing juga boleh menjadi petunjuk tentang perasaannya. Apabila ia sedang bersedih, ia akan menyembunyikan ekornya, cuping telinganya akan menghadap ke belakang dan bulunya berdiri tegak.

3. Riak wajah ketakutan

Jika kucing yang biasa aktif tiba-tiba menjadi pendiam dan gemar menyembunyikan dirinya, ia petanda kucing sedang sedih atau dalam ketakutan. Ketika ia berasa sedih, kucing akan mencari tempat yang sunyi dan jauh daripada orang lain.

Bersendiri

Kucing gemar bersembunyi apabila ia sedih.

4. Lebih banyak tidur

Kucing memang terkenal dengan tidur tetapi apabila ia bersedih, ia akan melelapkan mata lebih lama berbanding kebiasaannya.

5. Tidak membersihkan diri

Kucing sangat terkenal sebagai haiwan yang pembersih namun apabila ia sedang bersedih, kucing akan mengabaikan kebersihan diri dan tidak menjilat dirinya seperti kebiasaan.

6. Selera makan menurun

Salah satu sebab kucing hilang selera makan adalah disebabkan ia sedang bersedih biarpun makanan kegemarannya dihadapan mata.

7. Kerap mencakar

Ketika emosi kucing terganggu, ia akan lebih kerap mencakar apa sahaja benda di dalam capaiannya. Apa dilakukan itu adalah untuk menghilangkan tekanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain