suria

IQ orang Jepun lebih padu! Ini senarai 10 negara miliki tahap tingkat kecerdasan tertinggi di dunia... Malaysia di tangga ke berapa?

IQ mempunyai kaitan dengan intelektual serta beberapa perkara lain dan ia mempunyai strategi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

JEPUN menduduki tempat pertama dengan tingkat kecerdasan paling baik di dunia, demikian menurut World Population Review berdasarkan kajian bertajuk The Intelligence of Nations 2022.

Dua ahli psikologi iaitu Richard Lynn dan David Becker melakukan penilaian tahap IQ terhadap 103 buah negara untuk mengukur tahap kecerdasan penduduk di sesebuah negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui bagaimana kajian mendapati pelukan dapat kurangkan tekanan pada wanita

Intelligence Quotient atau yang biasa kita sebut dengan IQ merupakan suatu indikator untuk mengukur kecerdasan seseorang.

Kecerdasan yang dimaksud adalah berdasarkan asas proses pembelajaran dan pengalaman hidup.

IQ menggambarkan tahap kemampuan seseorang dalam berfikir.

IQ menggambarkan kemampuan seseorang dalam berfikir, mengingat, memahami, menilai, mengolah, menguasai persekitaran, dan bertindak secara terburu-buru.

Biasanya IQ mempunyai kaitan dengan intelektual, logik, kemampuan menganalisis, mampu menyelesaikan masalah matematik dan mempunyai strategi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

World Population Review melaporkan berikut adalah negara-negara dengan tingkat kecerdasan tertinggi di dunia. Malaysia pula ditangga ke berapa?

1. Jepun

2. Taiwan

3. Singapura

4. Hong Kong (China)

5. China

6. Korea Selatan

7. Belarus

8. Finland

9. Liechtenstein

10. Belanda & Jerman (Seri)

Dalam kajian itu, Malaysia berada di kedudukan 74 daripada 132 buah negara.

Pada dasarnya, skor IQ bukan perkara mutlak untuk mengukur kecerdasan seseorang dan atas sebab itu juga penyelidik menggunakan pelbagai kaedah untuk menentukan kedudukan itu.

Penyelidik tidak hanya mengehadkan pengukuran tahap kecerdasan pada skor IQ sahaja.

Menerusi kajian itu, penyelidik turut membahagikan beberapa negara dalam kategori berasingan berdasarkan purata skor IQ mereka.

Skor IQ itu kemudiannya ditambah dengan pengukur tambahan seperti penilaian matematik, membaca dan sains.

Bagi mencari negara paling pintar di dunia, penyelidik turut membuat perbandingan menerusi ujian akademik yang digunakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain