suria

Suka yang panas atau sejuk? Tak sangka selera minum kopi ais petanda orang ceria

Kopi memang menjadi kegemaran ramai.

KOPI adalah antara minuman pilihan ramai terutamanya pada waktu pagi bagi menghilangkan rasa mengantuk dan mood booster untuk memulakan aktiviti harian.

Selain daripada menu klasik iaitu kopi O dan kopi susu, terdapat pelbagai jenis perasa yang dijual dalam memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar kopi seperti mocha, cappucino, latte, espreso, flat white dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama di dunia, pengalaman shopping berbeza antara sebab kenapa anda perlu ke Decathlon di Shoppes @ Four Seasons KL

Tapi tahukah anda, selain daripada pemilihan perisa kopi, cara ia dibancuh sama ada sejuk atau panas juga boleh menceritakan tentang keperibadian seseorang.

Milk Being Poured Into Iced Coffee; Shutterstock ID 262673684; PO: today.com

1. Kopi ais memandakan peribadi yang ceria dan sukakan aktiviti mencabar

Sebuah kajian menemukan, penggemar kopi sejuk mempunyai peribadi yang ceria, menyukai aktiviti lasak dan mencabar.

Golongan ini juga gemar menonton filem-filem dengan genre fiksyen dan ilmiah. Individu yang suka kopi ais juga suka menggembara.

Salah satu kajian juga mendapati mereka yang suka kopi jenis ini lebih aktif di media sosial Instagram.

5668494-0-image-a-4_1541098633929

2. Penggemar kopi panas seorang ekstrovert

Berbeza dengan penggemar kopi ais, peminum kopi panas biasanya disukai oleh individu ekstrovert yang lebih sukakan suasana mendung tetapi mempunyai selera humor yang tinggi.

Meskipun seorang yang bersikap santai dan sukakan kedamaian, golongan ini tidak gemar menggembara dan lebih suka duduk di rumah dan minum segelas kopi panas.

fika-means-having-coffee-with-friends-and-enjoying-the-good-things-in-life-via-lawhimsy

3. Jenis kopi berdasarkan usia

Pemilihan kopi juga boleh menandakan usia seseorang misalnya, generasi Z cenderung sukakan kopi sejuk sementara yang lebih berusia lebih suka secawan kopi panas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain