suria

Kediaman tiada pengawal? Lelaki ini kongsi barang yang perlu dibeli sebagai persediaan elak kecurian, kemalangan di rumah

Terdapat pelbagai barangan yang dijual dipasaran untuk keselamatan kediaman anda.

KEMALANGAN di rumah seperti kebakaran dan kecurian boleh berlaku pada bila-bila masa namun masih ramai tidak mengambil berat perkara itu kerana merasakan ia tidak akan berlaku kepada diri sendiri.

Sejajar dengan kecanggihan teknologi, terdapat pelbagai barangan dengan ciri-ciri keselamatan lengkap yang dijual boleh mengurangkan risiko bahaya di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘123456’ password paling popular seluruh dunia, tapi rakyat Malaysia pilih kata laluan ‘sayang’

Seperti dikongsi oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @zharfanamr, berikut adalah beberapa barangan yang boleh dibeli untuk meningkatkan keselamatan dan kegunaan ketika kecemasan di rumah.

Doorbell Alarm

1. Loceng pintu berkamera

Loceng pintu berkamera (doorbell camera) sangat penting bagi rumah yang tidak mempunyai pengawal keselamatan. Apabila ada tetamu yang menekan loceng, pemilik rumah boleh melihat individu di hadapan rumah menerusi kamera terus daripada telefon.

Paling best, ia datang dengan pembesar suara yang membolehkan pemilik berkomunikasi dengan tetamu di luar rumah.

CCTV

2. Kamera litar tertutup (CCTV)

Paling penting kena pasang kamera litar tertutup (CCTV) di luar rumah. Disarankan untuk membeli yang datang dengan motion detector. Ia akan merakam setiap pergerakan di rumah.

Pemadan Api

3. Pemadam api

Antara barangan keselamatan yang perlu dibeli adalah pemadam api tetapi sebaik-baiknya buat kajian terlebih dahulu kerana terdapat pelbagai kelas pemadam api di pasaran.

Disarankan untuk membeli pemadam api yang bersesuaian untuk kegunaan di rumah.

Pintu

4. Smart lock

Smart lock sangat selamat untuk pintu rumah kerana dengan hanya menggunakan cap jari untuk akses ke dalam rumah tanpa menggunakan kunci. Paling istimewa ia boleh dikawal menerusi telefon untuk mengunci dan membuka pintu.

Sekiranya ragu-ragu sama ada sudah mengunci pintu rumah ataupun tidak, ia boleh dilakukan terus daripada telefon.

Alarm

5. Sistem penggera

Pencuri paling takut dengan sistem penggera memandangkan ia akan mengesan sebarang aktiviti mencurigakan dan membuat auto dial serta mengeluarkan bunyi amaran yang kuat.

Paling penting, sesetengah jenama dan model didatangkan dengan smoke detector bagi memudahkan mengesan kebakaran pada waktu malam.

Fire Ball

6. Auto fire ball

Paling menarik adalah auto fire ball bagi memadamkan kebakaran. Hanya gantung di tempat berisiko dan apabila ia dilemparkan ke tempat kebakaran, bola itu akan meletup dan memadamkan api dengan debu dalam tempoh lima saat. Sangat berguna!

Lampu Luar

7. Motion sensor light

Pencuri biasanya akan masuk ke dalam rumah menerusi bahagian yang gelap. Bagi memerangkap pencuri, pasang motion sensor light di hadapan rumah.

Cahayanya cukup terang untuk menakutkan pencuri dan ia akan menyala apabila terdapat pergerakan. Boleh pasang beberapa biji lampu ini di kawasan rumah disebabkan ia menggunakan tenaga solar. Elektrik pun jimat.

Kit

8. Kit pertolongan cemas

Apabila ada kecemasan dan berlaku kecederaan ringan, kit pertolongan cemas boleh membantu merawat luka dengan segera sementara menanti ketibaan paramedik.

Peyendal pintu

9. Penyendal pintu

Bagi meningkatkan keselamatan pada waktu malam, letakkan penyendal pintu di belakang pintu sebagai langkah keselamatan. Sekiranya ada pencuri cuba menceroboh bilik, ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan dapat menakutkan pencuri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain