suria

Followers IG Cristiano Ronaldo umpama rakyat sebuah negara! Berikut senarai 10 individu paling berpengaruh 2022

Cristiano Ronaldo mempunyai lebih 400 juta pengikut di Instagram pada 2022.

SEJAK ditubuhkan pada 2010, Instagram mengalami banyak perubahan daripada hanya sebagai aplikasi perkongsian foto - kini mempunyai pelbagai fungsi yang membuatkan ia digilai ramai.

Tidak hanya berkongsi foto dan video, Instagram sudah menjadi satu budaya di mana ia menjadi lokasi untuk mengeratkan hubungan, aktiviti jual beli, portfolio dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘123456’ password paling popular seluruh dunia, tapi rakyat Malaysia pilih kata laluan ‘sayang’

Instagram juga turut menaikkan nilai seorang selebriti apabila mereka mampu mengumpul pengikut dan menambah pendapatan menerusi laman sosial itu.

Tapi siapakah 10 individu dengan pengikut terbanyak di Instagram pada 2022? Jom semak senarai ini!

IG

1. Instagram (@instagram)

Followers: 506 juta

Di tempat pertama, sudah tentu Instagram sendiri yang mendahului senarai dengan 506 juta pengikut. Tidak menghairankan kerana menerusi akaun ini juga, banyak memaparkan pelbagai perkara menarik termasuk daripada selebriti dan pempengaruh media sosial.

CR7

2. Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Followers: 442 juta

Cristiano Ronaldo baharu sahaja dinobatkan sebagai manusia pertama yang berjaya memecahkan rekod dengan lebih 400 juta pengikut di Instagram. Jika akaunnya itu dalam bentuk sebuah negara, ia menjadi negara dengan penduduk paling ramai selepas China dan India.

Kylie

3. Kylie Jenner (@kyliejenner)

Followers: 338 juta

JIka Cristiano Ronaldo adalah manusia dengan followers terbanyak, maka Kylie Jenner adalah wanita dengan followers terbanyak di Instagram. Malah usahawan itu juga merupakan wanita pertama dengan pengikut melebihi 300 juta orang.

Peningkatan pengikutnya itu telah menolak Lionel Messi di tangga keempat.

Messi

4. Lionel Messi (@leomessi)

Followers: 325 juta

Lionel Messi nampaknya belum puas menjadi pesaing Ronaldo di padang bola sepak dan turut menghantuinya di Instagram. Meskipun belum mampu mengalahkannya, Messi membuktikan dia antara pemain bola sepak terkenal dunia.

Selena

5. Selena Gomez (@selenagomez)

Followers: 320 juta

Selena Gomez pernah berehat daripada dunia media sosial namun akaun Instagram miliknya tetap memiliki pengikut yang luar biasa iaitu 320 juta.

Nampaknya, gambar dan perkongsian berbentuk pendidikan kesihatan mental menarik minat pengikutnya.

The Rock

6. Dwayne “The Rock” Johnson (@therock)

Followers: 316 juta

Ditempat ketujuh dipegang oleh bintang filem, The Rock dengan 316 juta pengikut. Sedar akan pengikutnya yang ramai, The Rock menggunakan kesempatan itu untuk berkongsi video dan gambar tentang motivasi, inspirasi dan sebagainya.

Ariana

7. Ariana Grande (@arianagrande)

Followers: 311 juta

Ariana Grande kini berada di puncak popularitinya sebagai seorang penyanyi, maka tidak hairan pengikutnya semakin ramai di Instagram.

Kim

8. Kim Kardashian (@kimkardashian)

Followers: 311 juta

Siapa tidak kenal dengan Kim Kardashian dan menerusi Instagram peminat boleh mendekati kehidupan bintang realiti itu dengan lebih dekat.

Beyonce

9. Beyoncé Knowles (@beyonce)

Followers: 257 juta

Pemilik akun Instagram dengan followers terbanyak berikutnya adalah Beyonce dengan 257 juta followers. Jika diintai, Beyonce kerap berkongsi foto bersama suami, Jay-Z.

Khloe

10. Khloe Kardashian (@khloekardashian)

Followers: 243 juta.

Khloe Kardashian berjaya menolak Justin Bieber dan menjadi antara 10 individu paling ramai pengikut di Instagram. Tapi jaga-jaga, adiknya, Kendall Jenner sedang mengikut rapat dengan 236 juta pengikut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain