suria

Kucing kuat berdengkur? Rupanya itu tanda si bulus bahagia, boleh juga rawat luka dalaman

Ada beberapa sebab mengapa kucing berdengkur.

SEPERTI manusia, kucing juga akan berdengkur ketika tidur dan ia bukan perkara pelik.

Selain itu ia dianggap petanda ia dalam keadaan selesa dan emosinya tidak terganggu.

Sebahagiannya adalah benar tetapi harus juga faham bahawa kucing berdengkur bukan hanya disebabkan perkara-perkara positif sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya kucing dilahirkan buta dan pekak... Ambil tahu 10 perkara ini sebelum bela si bulus

Sebagai pemilik si bulus, perlu memahami maksud di sebalik kucing berdengkur yang boleh disebabkan pelbagai faktor.

Meskipun belum ada yang tahu penyebab kucing berdengkur, tetapi kajian mendapati si bulus akan berdengkur ketika ia tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan.

RedCatSleeping2119x1415-5792fc593df78c173426fd06

Biasanya kucing berdengkur kerana ia dalam keadaan tenang dan gembira.

Ada pula yang berdengkur disebabkan ia sedang lapar, sakit atau ketakutan. Paling mengejutkan, ketika si bulus berdengkur ia mampu merangsang pertumbuhan semula tulang.

Ketika berdengkur, kucing akan mengeluarkan bunyi berdengung dengan mengawal pengaliran udara ketika ia bernafas, menggunakan otot dalam anak tekak dan diafragma mereka.

Ada fakta lebih menarik, kucing mula berdengkur selepas beberapa hari ia dilahirkan. Berikut adalah beberapa sebab lain mengapa kucing berdengkur.

394-1950FatCat-Snoring_9.25.19-1200x630

1. Kucing sedang bahagia dan gembira

Jika anda melihat si bulus sedang terbaring santai dengan mata setengah tertutup sebelum tertidur dan berdengkur, ia disebabkan kucing berada dalam keadaan tenang dan selesa dengan keadaan sekelilingnya.

2. Kelaparan

Kucing akan berdengkur ketika ia sedang lapar namun dengkuran itu akan kedengaran berbeza kerana ia menggabungkan suaranya yang membuatkan bunyi dihasilkan lebih halus dan seolah-olah ia sedang mengigau.

cat_snoring_1024x1024

3. Signal kepada ibu kucing

Kucing sudah mula berdengkur beberapa hari selepas ia dilahirkan dan bunyi dihasilkan adalah indikasi kepada ibu kucing bawa anak-anaknya berada dalam keadaan baik.

Dengkuran itu juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana bunyi dikeluarkan turut membuatkan si ibu lebih tenang dan mudah untuk tidur.

4. Menenangkan diri

Kebanyakan kucing akan berdengkur ketika ia mengalami luka atau berada dalam kesakitan. Ia adalah cara untuknya menenangkan dirinya sendiri sama seperti kanak-kanak yang menghisap ibu jari atau menangis.

adorable-animal-bed-bedroom-236606-scaled-780x470

5. Proses penyembuhan

Para penyelidik haiwan comel itu percaya berdengkur membantu kucing untuk sihat dengan lebih cepat sekiranya ia sakit.

Dengkuran dengan frekuensi rendah akan menyebabkan getaran di dalam tubuh yang mampu menyembuhkan luka, menguatkan tulang, membangun dan memperbaiki tendon, melancarkan pernafasan selain mengurangkan rasa sakit dan bengkak.

Ini juga menjelaskan mengapa kucing mampu bertahan ketika jatuh dari tempat tinggi!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain