suria

Kalau sayang si bulus, jangan beri 5 makanan ini

Terdapat pelbagai makanan yang tidak boleh diberi kepada si bulus kesayangan anda.

ADAKALANYA pemilik kucing turut memberikan haiwan kesayangan makanan yang mereka makan. Terdapat beberapa jenis makanan manusia yang mungkin selamat dimakan kucing dan sebaliknya.

Ia bukan sahaja membahayakan tetapi dengan sedikit gigitan sahaja boleh menyebabkan si bulus kesayangan anda mengalami pelbagai kesan sampingan termasuk keracunan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kerana terpesona, ada sebab lain kenapa si bulus tatap wajah tuannya

Spruce Pets melaporkan terdapat beberapa jenis makanan yang berbahaya buat kucing termasuklah;

1. Tomato

Tomato mengandungi alkaloid yang disebut sebagai glycoalkaloid solanine yang dapat menyebabkan gejala pada bahagian gastrointestinal kucing.

Buah ini mungkin sedap bagi manusia tetapi ia belum tentu sesuai dengan kucing. Bagaimanapun jangan bimbang jika kucing anda termakan tomato kerana kesannya mungkin berbeza bagi setiap kucing.

2. Cokelat

Cokelat tidak hanya bahaya kepada anjing tetapi juga kucing. Theobromine yang terkandung di dalamnya adalah zat yang mengganggu dan dapat menyebabkan keracunan pada kucing.

Zat ini biasanya adalah bahan biasa yang ditemui dalam cokelat pahit atau pun tanpa pemanis. Selain itu, cokelat juga mengandungi zat disebut methylxanthines, yang dapat menyebabkan muntah dan cirit birit, suhu tubuh kucing meningkat, degupan jantung tidak normal, peningkatan rasa haus, dan kekejangan.

Selain cokelat, methylxanthines juga ditemukan dalam minuman berkafein dan harus dihindari.

3. Bawang

Bawang mengandungi zat (N-propyl disulfide) yang menghancurkan sel darah merah pada kucing, menyebabkan bentuk anemia yang disebut Heinz. Bawang putih pula mengandungi zat serupa dalam jumlah yang lebih sedikit.

Sedikit bawang putih atau bawang yang dimasukkan ke dalam masakan atau saus tidak akan menimbulkan masalah bagi kucing.

Tapi, jangan biarkan kucing makan seulas bawang putih utuh atau potongan besar bawang mentah kerana ia berbahaya dan kemungkinan besar akan menyebabkan sakit perut.

4. Telur dan daging mentah

Sama seperti manusia, pengambilan telur atau daging mentah boleh menyebabkan keracunan salmonella atau E. coli pada kucing.

Gejala yang boleh dialami termasuk muntah, cirit-birit dan kelesuan. Salmonella dan E. coli juga dapat ditularkan kepada manusia. Telur mentah juga mengandung enzim yang dapat menyebabkan masalah pada kulit dan bulu kucing.

5. Produk tenusu

Meskipun kucing nampak menggemari minum susu tetapi bukan bermakna ia baik untuknya. Ini kerana organ kucing sukar mencerna laktosa dalam susu yang boleh menyebabkan kucing sakit perut.

Kebanyakan kucing mampu mencerna laktosa daripada susu ibunya ketika ia menyusu ketika kecil.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain