suria

Tak susah cuci pengisar, hanya 30 saat je!

Ada cara mudah untuk mencuci mesin pengisar.

PENGISAR adalah salah satu barangan elektronik yang sering digunakan ketika memasak memandangkan ia memudahkan kerja-kerja mengisar bahan-bahan tumis seperti bawang dan cili.

Meskipun ia memudahkan kerja di dapur - mencucinya selepas digunakan bukanlah kerja mudah kerana bekas pengisar mempunyai banyak sudut tersembunyi yang menyukarkan ia dibersihkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terus buang... 5 jenis sampah dapur ini boleh jadi baja tanaman

Ketika mencuci, kita biasanya akan membuka penutup di bahagian bawahnya bagi membolehkan semua kotoran dapat dicapai dan dibersihkan.



Air panas dan sabun pencuci adalah dua bahan utama mencuci pengisar.

Selepas ini tidak perlu bersusah payah lagi kerana terdapat cara lain untuk membersihkan pengisar anda dengan hanya 30 saat sahaja menggunakan dua bahan iaitu air panas dan sabun pencuci.

Cara-caranya!

1. Tuang air panas ke dalam bekas pengisar

2. Tambahkan sabun pencuci pinggan untuk membantu proses pembersihan. Tapi jangan tuang terlalu banyak.

3. Hidup pengisar dan biarkan dua bahan tadi berputar kira-kira 10 ke 30 saat bergantung kepada kotorannya.

4. Bilas dengan air panas sebelum dibilas sekali lagi menggunakan air sejuk.



Mengisar bahan-bahan seperti sayuran dan buah-buahan boleh menyebabkan pengisar kotor.

Bagaimana sekiranya masih terdapat kotoran degil yang melekat pada pengisar? Mudah, tambahkan sedikit baking soda dalam dua bahan campuran dan hidupkan pengisar seperti biasa.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan, isi bekas pengisar dengan air dan baking soda terlebih dahulu dan biarkan ia seketika. Kisar dua bahan itu selama 10 ke 15 saat dan buang larutannya.

Kemudian tambah air panas dan sabun pencuci dan hidupkan pengisar selama 30 saat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain