suria

Hanya 2MB, Instagram Lite paling sesuai buat pengguna miliki data terhad

Saiz Instagram Lite yang hanya 2MB dijangka menjadi pilihan pengguna.

APLIKASI Instagram Lite atau versi ringan akan dilancarkan di 170 negara tidak lama lagi.

Apa bezanya dengan Instagram sedia ada? Instagram Lite adalah versi ringan untuk pengguna yang memiliki penyambungan rendah atau data terhad.

ARTIKEL BERKAITAN: Udara segar dijual RM450 sebotol, cuci lubang hidung salah satu syarat penggunaan... anda mahu beli?

Facebook Inc dalam kenyataan memberitahu Instagram Lite boleh digunakan oleh pengguna Android dan setakat ini telah diuji kaji di beberapa negara dan maklum balas diterima adalah positif.

Apa lebih menarik saiz aplikasi itu hanya 2 megabait (MB) sementara versi biasa ketika ini sebesar 30MB.



Instagram Lite mempunyai fungsi berbeza berbanding Instagram biasa.

Fungsi Instagram Lite

Memandangkan saiz Instagram Lite tidak besar, fungsinya juga berbeza berbanding versi sedia ada namun Facebook dalam kenyataannya menjelaskan, dua fungsi yang wajib ada adalah video dan mesej.

Ini kerana kedua-dua fungsi ini lebih banyak dipakai oleh pengguna yang tinggal di daerah terpencil berbanding masyarakat di bandar besar.

Selain itu, aplikasi terbaharu ini juga memiliki fungsi lain yang tidak memerlukan penggunaan data yang besar seperti stiker dan GIF.

Instagram Lite juga menyokong dark mode yang dianggap penting dalam memberi privasi kepada penggunanya.

Bagaimanapun, fungsi seperti filter Ar dan animasi tidak terdapat dalam aplikasi terbaharu ini yang dijangka boleh dimuat turun tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain