suria

Bukan kerana terpesona, ada sebab lain kenapa si bulus tatap wajah tuannya

Kucing memang gemar menatap wajah pemiliknya.

KUCING adalah haiwan kegemaran untuk dipelihara kerana tingkah lakunya yang manja dan lincah membuatkan kehidupan seseorang lebih terisi.

Perasan tak, adakalanya si bulus akan menatap wajah anda tanpa jemu yang sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi yang cuba dilakukannya dengan pemiliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 5 tanda si bulus bahagia bersama anda!

Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh si bulus kepada anda?

1. Komunikasi

Seekor kucing mungkin menatap wajah pemiliknya dengan mata terbuka luas ketika ia mendekati anda yang sedang makan kerana ingin berkongsi makanan dengan anda.

Selagi permintaannya itu tidak ditunaikan, si comel mungkin akan terus menatap wajah anda dengan raut kasihan atau mengiau serta berjalan mundar-mandir di hadapan anda.

Kajian turut mendapati, kucing jalanan yang tiba-tiba menatap wajah anda juga menunjukkan dirinya memerlukan belas kasihan dan lebih mudah didekati.

2. Menunjukkan emosi

Ketika kucing peliharaan menatap wajah anda dalam wajah yang penuh tekanan sambil mengembangkan bulu dan ekornya, mungkin sedang memberitahu dirinya sedang marah.

Apabila ini berlaku, jangan memandang ke arah wajahnya kerana ia boleh menambah kemarahannya dan sebaik-baiknya biarkan ia bertenang dengan sendiri.

Kucing yang memberi pandangan sayu sambil berbaring, menunjukkan dirinya dalam keadaan takut atau ada sesuatu mengancamnya.

3. Masalah kesihatan

Kucing yang menatap wajah anda juga boleh menjadi petanda dirinya sedang mengalami masalah kesihatan atau sedang sakit.

Bagaimanapun dalam situasi biasa yang lain, kucing yang gemar menatap wajah pemiliknya sebenarnya adalah tanda ia mempercayai dan menyayangi tuannya selain ingin bermanja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ