suria

Patut nenek di kampung selalu buat... Air basuhan beras jangan dibuang, pasti subur tanaman di halaman rumah!

Air cucian beras mempunyai manfaat kepada tumbuhan anda.

PASTI ramai daripada kita yang langsung tidak terfikir untuk menyimpan air basuhan beras, bukan? Nampaknya selepas ini situasi boleh berubah kerana air bekas cucian beras mempunyai kegunaan lain terutamanya pada tumbuhan di halaman rumah anda.

Ini kerana air cucian beras mampu menjadi bahan organik dan mengandungi protein, karbohidrat, lemak serta unsur-unsur zat perangsang bagi menguatkan tumbuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan selamba pakai je... tahukah anda 8 barangan rumah ini sebenarnya ada tarikh luput!

Zat perangsang tumbuhan pada air beras mengandungi vitamin B1 atau thiamin yang dapat merangsang pertumbuhan tanaman, selain menjadikan ia lebih subur dan cepat berbunga.



Air basuhan beras bukan sahaja bermanfaat kepada tumbuhan tetapi menyuburkan tanah.

Bagi menambah 'kekuatan' air cucian beras pada tumbuhan, tambah sedikit gula dan peram air tersebut di dalam botol selama enam hari sebelum digunakan.

Namun, setiap pagi, tutup botol harus dibuka bagi membolehkan karbon monoksida yang terhasil dilepaskan hasil fermentasi air cucian itu.

Selain baik untuk tumbuhan, air cucian beras juga cukup baik dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain