Jangan selamba pakai je... tahukah anda 8 barangan rumah ini sebenarnya ada tarikh luput!

Peluntur mempunyai jangka hayat selama tiga bulan selepas ia dibuka dan keberkesanannya akan 'luntur' selepas tempoh itu.

BIASANYA kita pasti akan semak tarikh luput sebelum membeli sebuku roti atau membuang susu yang telah berbau masam.

Tetapi tahukah sebenarnya terdapat pelbagai barangan di dalam rumah kita yang sebenarnya ada tempoh kegunaan meskipun tiada tarikh luput disertakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setiap hari kita lihat 5 item ini, jom ambil tahu ciri tersembunyinya!

Berikut adalah 8 benda di dalam rumah yang mungkin anda tidak sedari telah pun mencapai tarikh luput.

1. Bantal (2 tahun)

Bantal adalah tempat pengumpulan habuk dan bakteria tanpa kita sedari. Semakin lama digunakan ia juga mula hilang bentuk dan menjadi nipis sehingga boleh menyebabkan sakit tengkuk selepas bangun tidur.

Bantal hanya boleh digunakan paling lama dua tahun dan selepas itu, sebaik-baiknya ia ditukar baharu.

2. Peluntur (3 bulan)

Selepas tiga bulan, peluntur akan mula hilang keupayaannya membersihkan pakaian. Jadi sebaik-baiknya, jangan beli peluntur dalam jumlah yang banyak.

3. Wayar sambungan (1-2 tahun)

Wayar sambungan adalah salah satu daripada banyak barangan rumah yang mempunyai tarikh luput tidak terjangka.

Malah jenama wayar sambungan yang terbaik juga perlu diganti dari masa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya litar pintas di rumah.

Bagi mengetahui sama ada ia mula rosak, periksa wayar sambungan sama ada ia berubah warna atau panas ketika disentuh.

4. Sikat rambut (6 bulan-1 tahun)

Bersihkan sikat rambut anda sekurang-kurangnya seminggu sekali (atau lebih jika anda mempunyai rambut yang tebal) dan ganti sikat yang baharu selepas setahun.

Ini kerana lebih lama anda menggunakan sesuatu sikat, ia dapat membuatkan rambut berminyak serta kulit kepala menjadi merah dan gatal.

5. Tuala (1-3 tahun)

Tuala yang basah adalah tempat paling digemari bakteria dan kuman. Selain sentiasa mencuci tuala anda, adalah lebih baik beli yang baharu jika sudah lama dipakai.

6. Berus gigi (3 bulan)

Jangan tunggu bulu berus gigi anda menjadi haus baru nak tukar yang baharu - sebaik-baiknya tukar setiap tiga bulan sekali. Ini kerana berus gigi adalah tempat paling mudah bakteria dan kuman membiak.

7. Span cuci pinggan (2 minggu)

Seperti berus gigi, span pencuci pinggan juga adalah tempat pembiakan kulat dan bakteria terutamanya jika ia tidak dibiarkan kering selepas digunakan.

Jika ingin guna lebih lama, rendam span dalam cecair pembasmi kuman menggunakan air panas.

8. Sudip kayu

Kayu mempunyai lebih banyak ruang pori berbanding plastik atau logam - jadi ini bermaksud kayu lebih mudah diserang kuman.

Oleh itu, bagi yang menggunakan sudip kayu, sebaik-baiknya ganti setiap lima tahun atau ia sudah mula merekah atau kayunya bertukar warna gelap (ini mungkin bermaksud kayu itu sudah membusuk akibat bakteria).



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain