Mungkin ramai tak perasan... rasa air gas berbeza antara botol kaca dan plastik, ini sebabnya!

Minuman berkarbonat yang dibungkus menggunakan botol kaca mempunyai rasa lebih enak. - Gambar Sekadar Hiasan

MINUMAN berkarbonat memang sedap apatah lagi diminum dalam cuaca yang terik, memang menyegarkan!

Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat perbezaan daripada segi rasanya antara soda yang menggunakan botol kaca dan plastik?

ARTIKEL BERKAITAN: Susahnya berkomunikasi ketika pakai mask... Ketahui cara kenali 6 emosi ini melalui mata

Soda dalam botol kaca biasanya mempunyai rasa yang lebih sedap dan nikmat dan ini dibuktikan menerusi kajian sainstifik.

Pengeluar minuman berkarbonat mendakwa resepi minuman yang mereka hasilkan sebenarnya bergantung pada cara ia dibotolkan kerana ia mampu mengubah rasanya.



Rasa minuman bergas bergantung kepada cara pembungkusannya.

Plastik jauh lebih telap terhadap karbon dioksida berbanding kaca dan aluminium. Ini bermaksud karbon dioksida atau soda akan keluar daripada botol plastik lebih cepat berbanding botol kaca atau tin.

Ini membuatkan rasa berkarbonat itu berkurangan meskipun ia masih belum dibuka. Atas sebab itu juga, apabila minuman itu dibuka dan biarkan, rasa gas seolah-olah hilang.

Botol plastik juga mempunyai lapisan asetaldehid yang dapat menembusi rasa minuman dan memberikan rasa 'plastik' pada soda.

Manakala soda dalam botol kaca pula akan bertahan lebih lama, kerana karbon dioksida lebih sukar menembusi keluar. Jadi, minuman itu akan bertahan lebih lama dan masih terasa enak apabila dibuka.

Bagaimanapun, soda dalam bungkusan botol kaca jauh lebih mahal kerana kosnya tinggi. Atas sebab itu, banyak pengeluar minuman menggunakan tin aluminium yang mempunyai kesan sama seperti botol kaca.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain