suria

Hampir setiap hari kita lihat 5 item ini, jom ambil tahu ciri tersembunyinya!

Lubang kecil di bahagian bawah ibu kunci mempunyai kegunaan tersendiri yang ramai tidak ketahui.

SETIAP hari kita gunakan pelbagai barang di mana ada di antaranya memiliki ciri-ciri tertentu dan jarang kita sedari kegunaannya.

Malah ada pula menyangka ia tidak mempunyai sebarang kegunaan tertentu dan ada pula sampai buntu memikirkan apakah simbolik di sebalik ciri tersebut.

Terdapat lima benda yang sering kita gunakan dan ia mempunyai maksud tersendiri;

1. Bahagian biru pemadam

Pasti ramai daripada kita yang pernah diberitahu bahawa bahagian berwarna biru pemadan adalah untuk memadam dakwat pen tetapi sebenarnya itu tidak benar!

Sebaliknya ia untuk memadam pensil pada permukaan kertas yang lebih berat. Ia juga untuk menghapuskan kesan yang ditinggalkan pemadam bahagian merah.

2. Anak panah pada meter gas

Ramai yang tak perasan terdapat anak panah kecil di bahagian tepi meter gas kereta anda. Anak panah itu bukan tiada fungsi sebaliknya ia adalah panduan bahagian mana tangki minyak anda berada.

3. Butang kecil pada seluar jean

Butang kecil itu disebut rivet. Ia digunakan untuk melindungi titik lemak dalam struktur seluar ketika ia dijahit.

4. Lubang kecil di bawah ibu kunci

Cuba anda lihat di bawah ibu kunci, pasti terdapat satu lubang kecil di bahagian tepi. Lubang itu sebenarnya bagi membolehkan anda menuang minyak pelincir, jika ia mula tidak berfungsi serta mengelakkan ibu kunci berkarat.

5. Gelung di bahagian tengah belakang kemeja

Hampir setiap baju kemeja akan ada gelung tersebut. Gelung itu sebenarnya dibuat bagi memudahkan anda menyangkut pada penyangkut baju. Ya semudah itu tujuannya, terima kasih buat perekanya.

Pemadam, Meter Gas, Jean, Ibu Kunci, Kemeja

Artikel Lain