suria

Ada hubungan positif antara permainan video dengan kesihatan mental tatkala Covid-19, ketahui bagaimana

Permainan video boleh bantu kesihatan mental seseorang tatkala pandemik.

MASA yang dihabiskan untuk bermain permainan video boleh menjadi aktiviti baik untuk kesihatan mental, menurut kajian terbaharu oleh Universiti Oxford.

Kajian ini dilakukan selepas jualan permainan video tahun ini meningkat berikutan ramai terpaksa duduk di rumah akibat wabak Covid-19. Situasi itu membuatkan ramai mencari aktiviti dan hobi bagi mengelakkan rasa bosan ketika berada di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bela sambil belajar! Ini 4 haiwan yang sesuai jadi peneman anak anda ketika bosan berkurung di rumah

Pada awalnya, kajian ini menggunakan data disediakan oleh pembuat permainan, Electronic Arts and Nintendo of America, mengenai berapa banyak masa diluangkan oleh responden untuk bermain permainan video.

Bagaimanapun anggaran diberikan tidak tepat dan pihak Universiti Oxford membuat kajian semula terhadap tahap keseronokan diperoleh pemain dan kesan kepada kesihatan mental mereka pada situasi sekarang.



Permainan video tidak semestinya boleh memberi kesan buruk kepada pemain.

Kajian itu juga mendapati tanggapan permainan video boleh menjadi satu ketagihan adalah sebahagian sebabnya tetapi bukan gambaran keseluruhan.

"Hasil kajian kami menunjukkan bahawa permainan video tidak semestinya tidak baik untuk kesihatan anda, sebaliknya ada faktor psikologi lain yang memberi kesan besar terhadap kegembiraan dan kesejahteraan seseorang," kata Andrew Przybylski yang juga ketua penyelidikan itu.

Tambah Andrew, permainan video sebenarnya mempunyai hubungan positif dengan kesihatan mental seseorang individu.

Seramai 2,756 pemain Animal Crossing: New Horizons di AS, UK dan Kanada menyertai kajian itu bersama 518 pemain Plants vs Zombies: Battle for Neighborville. Mereka diminta mengisi borang kaji selidik tentang pengalaman mereka serta tempoh bermain yang dicatat oleh syarikat pengeluar permainan video tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain