suria

Dah padam, tapi masih ada? Ini cara hapuskan data yang betul daripada komputer anda

Memadam data komputer perlu dilakukan berhati-hati agar tiada kebocoran maklumat yang berlaku.

JIKA ingin menjual atau membuang komputer lama, kita akan memastikan semua data yang disimpan dihapuskan sebagai langkah keselamatan.

Bagaimanapun, harus difahami bahawa memadam semua data tersebut dengan mencampakannya ke 'Recycle Bin; sebenarnya tidak benar-benar memastikan data anda lupus selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam Cemani, Kentang La Bonnotte antara 8 makanan termahal dunia... anda mungkin ternganga lihat harganya!

Sebaliknya ia hanya memadam rujukan-rujukan kepada data tersebut dalam kandungan cakera keras. Data yang dipadam kemudiannya akan 'ditutup' oleh data baharu.

Perkara pertama yang harus anda ketahui adalah sama ada cakera keras komputer anda mempunyai ciri keselamatan atau pun tidak, kata pakar komputer Patrick Bellmer.

Jika ya, seperti ciri moden Apple Mac, apa yang perlu dilakukan adalah hanya mengeluarkan akaun pemilik. Fungsinya sama seperti menetapkan semula telefon pintar yang mana data peribadi masih ada tetapi ciri keselamatan menjadikannya tidak boleh diakses oleh orang lain.



Memadam data dan membuangnya di Recycle Bin sahaja tidak memadai.

Dalam produk Apple, ia dilindungi oleh cip keselamatan T2, yang biasanya telah diintegrasikan dalam semua model yang lebih baharu. Pengguna juga boleh menyekat komputer daripada dihidupkan jika berlaku kecurian.

Bagi Windows, kebiasaannya disertakan Disk Wipe, HD Shredder atau DiscPart yang diintegrasikan ke dalam komputer. Alat ini menghapuskan data daripada cakera keras sehingga tiada sesiapa dapat memulihkannya.

Bagaimanapun, ia tidak dapat menghapuskan sistem di mana operasi komputer berada. Sekiranya komputer ingin dijual, maka pemilik perlu melupuskan sekali alat tersebut.

Komputer perlu melalui proses menghancukan data yang dapat membersihkan sistem itu dengan sendirinya.

Jelas Bellmer, membersihkan telefon adalah lebih mudah meskipun data tersebut daripada empat atau lima tahun. Tanpa akaun pengguna, tiada siapa dapat mengakses informasi di dalamnya.

iPhone menggunakan iOS 8 dan Android versi 6 dilengkapi dengan sistem untuk memadam data.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain