suria

Mudah, jimat ruang simpanan... Ketahui 2 ciri terbaharu WhatsApp

Whatsapp memperkenalkan ciri Disappearing Messages bagi membolehkan mesej yang dihantar dipadam secara automatik.

MESEJ daripada si dia, keluarga dan rakan-rakan grup WhatsApp memang dapat menceriakan hari kita ditambah pula dengan situasi sekarang yang memerlukan kita lebih banyak berada di rumah.

Perbualan di WhatsApp boleh dikatakan sebagai pengganti diri secara fizikal dan kebanyakan daripada kita lebih banyak menghabiskan masa dengan aplikasi itu untuk berinteraksi dengan orang luar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bayar secara tunai, debit dan kredit? Ketahui pilihan terbaik ketika berbelanja

Apabila sudah rancak berbual, pasti ada sahaja gambar, video, GIF sehingga menyebabkan telefon menjadi berat. Hendak dipadam, malas.

Jangan bimbang kerana WhatsApp bakal memperkenalkan ciri terbaharu bagi membolehkan anda memadam fail seperti gambar dan video daripada telefon secara pukal.

Ia membolehkan anda menjimatkan ruang simpanan dengan menghapuskan gambar dan fail media yang dihantar melebihi 50MB.



Fail gambar dan video juga boleh dipadam secara pukal.

Ciri tersebut boleh diakses di tetapan 'Storage and Data', di halaman tetapan yang turut menyusun semua fail media mengikut saiz dari terbesar hingga paling kecil.

Ia memudahkan pemilik telefon memilih fail yang ingin dihapuskan secara pukal.

Sementara itu, WhatsApp turut memperkenalkan ciri pilihan untuk memadam mesej kepada semua yang boleh menjadi penyelamat sekiranya anda tersalah hantar mesej ke dalam grup.

Disappearing Messages boleh digunakan bagi pengguna telefon jenis Android dan iOS namun ketika ini ciri tersebut hanya membolehkan mesej yang dihantar dipadam selepas tujuh hari.

Pengguna boleh mengaktifkan ciri ini pada perbualan individu dan grup sembang (sekiranya anda adalah admin).

Bagi mengaktifkan ciri ini, buka ruang perbualan dan pergi ke Group Info dengan menekan pada nama grup atau nama individu dan tekan pada Disappearing Messages.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

​​

Artikel Lain