suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan biarkan bilik tidur bau kepam... Ketahui 4 cara mudah wangikan kamar anda!

Buah lemon antara bahan semula jadi yang boleh digunakan sebagai pewangi bilik tidur anda.

BILIK tidur adalah ruang yang perlu dijaga kebersihannya bagi membolehkan kita berehat dengan tenang dan tidur nyenyak. Ini termasuklah memastikan bilik sentiasa berbau wangi sepanjang hari.

Sebenarnya jika tidak menggunakan pewangi bilik, kita juga boleh menggunakan pelbagai bahan semula jadi untuk membuat wangian bilik.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan asal boleh! Warna dinding bilik boleh pengaruhi mood dan tidur anda

Ia bukan sahaja mudah tetapi baunya juga cukup menenangkan selain tidak memerlukan kos yang tinggi.

1. Kopi

Kopi dapat memberikan aroma istimewa kepada ruang bilik tidur anda. Selain dapat memberikan aroma wangi, ia juga mampu menghilangkan bau busuk dalam bilik.

Caranya mudah, letakkan serbuk kopi dalam bekas terbuka dan letak di tepi sudut bilik. Baunya akan tersebar di dalam bilik dan mampu bertahan selama tujuh hari!

2. Kayu manis

Hidupkan lilin dan letakkan kayu manis disekelilingnya. Udara panas daripada lilin akan mengeluarkan bau kayu manis.

3. Potpourri

Potpourri adalah pewangi yang terbuat dari campuran berbagai macam buah, bunga, ataupun tanaman yang sudah dikeringkan. Jika memiliki jambangan bunga, jangan dibuang! Ia boleh dibuat sebagai pewangi bilik.

Caranya juga mudah - campurkan bunga kering dengan kulit limau, bunga cengkih dan kayu manis. Nah! Baunya akan tersebar di seluruh bilik anda.

4. Lemon

Campurkan dua biji buah lemon, dua batang rosemary dan satu sudu teh vanila. Hiris lemon, masukkan ke semua bahan ke dalam bekas berisi dua liter air dan didihkan di atas api sederhana.

Apabila baunya sudah keluar, matikan api dan tuang dalam botol semburan.

5. Kulit limau

Ambil kulit limau dan campurkan dengan minyak zaitun. Rebus selama 45 minit. Air rebusan diletakkan di dalam mangkuk dan letakkan di dalam bilik. Memang wangi!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain