suria

Ada sebab kenapa tulisan tangan doktor macam 'cakar ayam'

Tulisan tangan seorang doktor memang boleh membuatkan sesiapa sahaja pening ketika cuba membacanya.

ADA di antara kita barangkali akan bertambah sakit apabila cuba membaca tulisan tangan doktor pada borang preskripsi ubat yang diberikan.

Jika ada pertandingan tulisan paling sukar dibaca, percayalah doktor pasti akan muncul sebagai juara! Tapi apa yang membuatkan tulisan golongan profesional ini seperti cakar ayam?

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke tak pakai seluar dalam lebih sihat?

Sebenarnya tidak semua doktor mempunyai tulisan yang buruk tetapi disebabkan mereka sentiasa perlu menulis sesuatu membuatkan mereka terpaksa menulis secara cepat dan pantas.

Menurut Celine Thum, seorang pakar perubatan di ParaDocs Worldwide memberitahu, doktor perlu mencatatkan semua perkara berkaitan pesakit untuk direkodkan.



Terdapat beberapa simbol yang digunakan bagi menjelaskan terma tertentu dalam bidang perubatan.

"Apa pun yang anda beritahu doktor, ia perlu ditulis sebagai sejarah perubatan anda," katanya.

Dalam pada itu, faktor seorang doktor perlu memeriksa ramai pesakit setiap hari turut membuatkan mereka dalam keadaan tergesa-gesa ketika menulis.

"Bayangkan anda perlu memeriksa pesakit dan mencatat semua perkara mengenai pesakit selama 10 hingga 12 jam sehari dengan tangan, pasti akan berasa letih," katanya lagi.

Celine menambah, kebanyakan tulisan tangan doktor boleh bertambah buruk kerana otot-otot kecil di tangan terlalu banyak bekerja.

Selain itu, ada banyak istilah perubatan yang sukar ditulis dengan tangan membuatkan mereka lebih suka menggunakan simbol tertentu.



Siapa sangka tulisan itu adalah paracetamol.

Bagaimanapun di sebalik tulisan 'cakar ayam', para doktor sebenarnya sangat berhati-hati dalam menulis laporan atau preskripsi kerana kesalahan kecil dapat memberi kesan yang besar terutamanya pada pesakit.

Contohnya kata Celine, singkatan 'mg' atau 'mcg', biasanya doktor akan menulis dalam perkataan penuh, 'miligram atau 'mikrogram'.

Dalam sebuah laporan pada 2006 mendapati, lebih 7,000 pesakit meninggal dunia kerana kesalahan tulisan yang sukar dibaca.

Atas sebab itu juga, kini kebanyakan doktor dan hospital sudah menggunakan alatan elektronik bagi mencatat semua perkara mengenai pesakit bagi mengurangkan kesalahan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Doktor, Tulisan, Cakar Ayam,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Zii Jia kemuka rayuan kepada BAM