suria

Bahaya rupa-rupanya beri kucing minum susu...

Kucing hanya mampu mencerna susu ketika kecil.

ADA di antara kita yang bukan pembela kucing pasti pernah memberikan semangkuk susu kepada kucing jalanan, bukan?

Selain ia mengenyangkan, pasti kita fikir ingin memberi sesuatu yang sedap kepadanya berbanding sekadar air kosong.

ARTIKEL BERKAITAN: Dicap haiwan pembersih... Ketahui 6 cara sediakan tandas si bulus anda

Tapi selepas ini, fikir dua kali sebelum memberikan semangkuk susu kepada kucing peliharaan atau kucing jalanan.



Ketika gigi kucing sudah tumbuh ia tidak lagi memerlukan susu.

Ini kerana ia mampu memberi kesan kepada sistem penghadaman kucing kerana tidak mampu mencerna laktosa dan gula yang terdapat di dalam produk tenusu.

Kucing hanya boleh mencerna laktosa dengan baik menerusi susu ibunya dan tidak lama selepas itu ia akan menghasilkan enzim laktase yang tidak membolehkannya mencerna susu.

Ketika giginya tumbuh, ia tidak lagi memerlukan susu dan mula makan makanan pejal seperti daging.

"Walaupun ada kucing yang dilihat menikmati susu yang diberikan kepadanya, tetapi ia tidak digalakkan. Kucing tidak perlukan susu, apatah lagi ia akan memberi kesan negatif berbanding manfaat kepadanya.



Kucing perlu minum air putih sahaja.

"Susu hanya dapat menambahkan kadar lemak kerana ia tidak dapat dicerna dengan baik," kata doktor haiwan, Gary Ritcher.

Gary memberitahu, kucing juga boleh mengalami masalah cirit-birit, sakit pada bahagian perut dan perubahan tingkah lakunya.

Air putih kata Gary, sangat bermanfaat kepada fungsi organ tubuh kucing meskipun kucing malas minum air.

"Cara untuk memastikan tubuhnya cukup air adalah dengan memberikan makanan basah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kucing, Susu, Kucing Jalanan, Pencernaan

Artikel Lain