suria

Rasa macam si dia cuba mengurat anda? Ketahui 5 bahasa tubuh ini

Terdapat beberapa bahasa tubuh yang menandakan si dia menyukai anda.

BAGI yang masih solo, cuba perhatikan sekeliling, adakah ada seseorang sedang 'bermain cinta' dengan anda?

Tapi kebanyakan masanya, ramai tidak sedar akan perkara tersebut kerana ia bukan menggunakan kata-kata tetapi bahasa tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke anda mencintai si dia? Ini 7 tanda tiada lagi perasaan sayang padanya

Bahasa tubuh bukan tentang gerakan badannya, tetapi ia boleh dikenal pasti menerusi tingkah laku seseorang.

Ia boleh dilihat ketika kita berinteraksi dengannya dan beberapa tanda si dia mungkin sedang mengurat anda termasuklah;

1. Dekat secara fizikal

Jika ada seseorang yang ingin mendapatkan perhatian anda, biasanya si dia akan berusaha untuk sentiasa berada dekat dengan anda.

Cuba perhatikan, setiap kali keluar makan, si dia pasti mahu duduk di sebelah anda atau membuat gerak-gerakkan yang akan menarik perhatian anda.

2. Nada suara

Seseorang yang tertarik dengan anda pasti lebih cenderung untuk menurunkan nada suara mereka agar lebih lembut dan menarik.

Ini adalah kerana mereka ingin memberi pandangan yang baik kepada anda tentang diri mereka.

3. Ketawa

Ketika berinteraksi, seseorang yang tertarik dengan anda lebih mudah ketawa hanya kerana perkara kecil yang anda lakukan.

Ketawa adalah respon semula jadi bukan sahaja kerana dia tertarik dengan anda tapi mahu buat dirinya disenangi.

4. Mudah diajak berbual

Meskipun baharu kenal, individu yang tertarik dengan anda boleh berbual dengan anda tanpa henti serta tidak lokek berkongsi pelbagai kisah dirinya.

Biasanya, mereka juga lebih berminat untuk mengenali dan mengetahui lebih tentang diri anda.

5. Sentuhan

Cuba perhatikan, orang yang suka pada anda, tangannya pasti akan cepat 'menjalar' untuk menyentuh anda - sama ada menepuk bahu atau peha apabila anda membuat sesuatu jenaka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain