Betul ke anda mencintai si dia? Ini 7 tanda tiada lagi perasaan sayang padanya

Masalah perkahwinan

MEMBINA sebuah hubungan untuk tempoh jangka panjang bukan suatu proses yang mudah kerana dalam 'perjalanan' itu pasti akan wujud halangan dan rintangan.

Ini termasuklah tiada lagi rasa cinta terhadap pasangan yang pada akhirnya akan membawa pelbagai masalah lain.

Apabila situasi itu terjadi, pasti ada di antara kita akan tertanya-tanya adakah benar kita cintakan si dia? Dalam soal hati dan perasaan, berbohong kepada diri sendiri akan memusnahkan sesuatu hubungan.

ARTIKEL BERKAITAN : Bila kali terakhir anda menulis? Jangan terkejut... berbanding teknologi, cara kuno ini mampu bantu cerdaskan otak!

Ada beberapa petanda sebenarnya bahawa anda mungkin tidak mencintai pasangan dengan sepenuhnya dan barangkali masih bersamanya hanya kerana berasa tanggungjawab dan simpati.



Cinta di antara pasangan boleh pudar dalam sekelip mata.

1. Ungkapan 'Aku Cinta Padamu' tiada makna

Mengucapkan kata-kata cinta adalah perkara normal selain membuktikan rasa kasih kita pada pasangan. Namun apabila kata-kata keramat itu kedengaran asing atau langsung tidak menjentik perasaan anda - ia adalah singal buruk.

2. Masih berharap kehadiran yang lebih baik

Jika anda masih ada perasaan akan bertemu dengan individu lebih baik, anda perlu kaji kembali hubungan sedia ada. Ini bukan sahaja bererti perasaan terhadap si dia sudah pudar, tetapi anda sebenarnya tidak melihat masa depan bersamanya.

3. Tidak berfikir mengenai si dia

Pada tahap ini, semua hal penting dalam hubungan mungkin sudah tidak menjadi kepentingan kepada anda - malah langsung tidak mengingati tarikh perkahwinan, hari jadi dan sebagainya.

Isunya, bukan tidak ingat, tetapi anda mula merasakan tidak penting kerana pasangan bukan lagi keutamaan anda.

4. Enggan bercakap tentang masalah

Jika anda selalu cuba menghindari konflik atau berhadapan dengan sesuatu masalah hubungan anda, ini juga menunjukkan anda tidak lagi peduli tentang apa yang bakal berlaku dalam hubungan anda.

Ini kerana anda merasakan pasangan tidak lagi penting dalam kehidupan anda.



Hubungan bukan sekadar berlandaskan cinta.

5. Bertengkar perkara kecil

Kalau dah tak suka, perkara kecil pun boleh jadi bergaduh! Sekiranya ini sering berlaku, anda sebenarnya cuba memicu kemarahan pasangan dan berharap ia menjadi punca kepada perpisahan.

6. Fokus pada kekurangan, bukan kelebihan

Kamu akan mula melihat kekurangan pasangan sebagai alasan untuk terus membencinya berbanding melihat kelebihan yang membuatkan kamu cinta padanya.

Ini adalah tanda jelas cinta di hati sudah pudar.

7. Cerita perihal buruk pasangan kepada orang lain

Kisah peribadi dalam rumah tangga sepatutnya menjadi rahsia tetapi jika anda mula bercerita mengenainya kepada orang lain itu mungkin menandakan anda sudah tidak peduli.

Cara ini juga sebenarnya dilakukan bagi meraih simpati dan sokongan agar sekiranya apa-apa berlaku anda masih mendapat sokongan keluarga atau rakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
cinta, hubungan, perkahwinan, komunikasi

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain